USAHAWAN & JUTAWAN  

Posted by ziikram_muslim in

Dr. Irfan Khairi(jutawan internet) menerusi bukunya Nota Jutawan Nota Motivasi telah mengetengahkan sumber daripada Brian Tracy International yang menyatakan bahawa mereka yang bergelar jutawan terdiri daripada lima kelompok.

#--> 74% adalah pemilik perniagaan.

#--> 10% adalah golongan eksekutif senior yang memanjat tangga korporat.

#--> 10% adalah golongan profesional seperti doktor, peguam dan sebagainya.

#--> 5% adalah jurujual berkomisen atau konsultan jualan.

#--> 1% adalah pelbagai golongan lain.


Melalui sumber ini jelas menunjukkan bahawa peluang bagi seseorang usahawan untuk bergelar jutawan adalah amat cerah. Bidang perniagaan membentangkan peluang yang cukup luas untuk sesiapa sahaja menceburinya. Sesiapa sahaja mampu menjadi usahawan/peniaga. Asalkan ada kemahuan, pasti akan ada jalan.
Dalam Islam, Rasulullah bukan setakat meletakkan 74% malah 90% punca rezeki adalah daripada perniagaan (maksud hadis riwayat Na'im bin Abd Rahman & Yahya bin Jabar)

Jadi, jutawan & perniagaan adalah saling berkait rapat ini kerana sebahagian besar golongan jutawan adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan perniagaan dan peluang untuk seorang peniaga untuk menjadi jutawan adalah sangat cerah.

Saya dan juga anda semua mampu untuk menjadi usahawan dan setiap usahawan mampu untuk menjadi jutawan. Apa yang penting, adanya keinginan dan seterusnya berUSAHA untuk mencapai kejayaan ...


"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

This entry was posted on Saturday, January 8, 2011 at 5:04 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment