Strategi Berniaga Unik Orang Cina  

Posted by ziikram_muslim


Anda biasa mendengar orang cina bermuafakat dan boleh berniaga benda yang sama sebelah menyebelah. Mereka tidak berdengki antara satu sama lain. Benarkah begitu? Satu perkara yang harus kita sematkan difikiran kita bahawa bangsa ini hidup berniaga ratusan tahun. Hakikatnya berniaga benda yang sama sebelah-menyebelah adalah persaingan. Mereka juga menerima perkara itu sebagai teori yang sama. Tapi mengapa masih mereka ini mampu berniaga sebelah-menyebelah?

Susah Satu Senang Banyak

Masalah yang paling utama dilihat dalam perniagaan adalah pemasaran. Ia adalah peraturan utama dalam mempastikan survival sesebuah perniagaan iaitu mempastikan pelanggan sentiasa ada. Mempastikan pelanggan sentiasa ada bermaksud mempastikan pelanggan sentiasa datang. Mempastikan pelanggan sentiasa datang bermaksud pelanggan sentiasa ingat untuk datang.

Untuk mempastikan pelanggan sentiasa ingat untuk datang, maka hendaklah dipastikan pelanggan mempunyai sebab yang kukuh untuk datang. Apakah sebab yang kukuh untuk menarik perhatian pelanggan datang? Dalam konsep yang bakal saya terangkan ini ia merujuk kepada menarik perhatian pelanggan datang atas sebab mereka mempunyai banyak pilihan. Anda pasti masih keliru dan tertanya-tanya bukan? Teruskan bacaan....

Pemasaran Mulut Ke Mulut

Teknik pemasaran ini adalah yang terbaik dari segala teknik. Kerana itu ia menjadi asas utama dalam perniagaan jaringan (network business). Ini adalah kerana cakap dan saranan daripada kawan atau kenalan lebih bersifat nasihat (consulting) berbanding mesej melalui iklan yang bersifat memujuk.

Kerana itu teknik ini dilihat lebih berkesan dan murah dalam jangka panjang. Konsepnya mudah iaitu mempastikan orang tidak rasa segan atau takut-takut untuk bercerita kepada rakan-rakan mereka. Mereka akan berasa seronok untuk bercerita tentang sesuatu kerana pada mereka ia seperti satu pertolongan. Namun bagaimanakah perkaitan perkara ini dengan konsep berniaga sebelah-menyebelah oleh orang cina?

Membentuk Persepsi Mega

Persepsi adalah perkara yang mudah terserap ke dalam hati seseorang melalui pancaindera. Sama ada melalui mata, mulut dan telinga. Konsep teknik ini ialah mempastikan orang ramai melihatnya sebagai satu entiti mega yang memberi banyak pilihan. Biar saya berikan contoh.

Apabila anda mahu membeli barangan runcit, anda pasti lebih teruja untuk pergi ke tempat yang banyak pilihan dan berharga murah. Jawapannya apa yang bermain difikiran anda masakini ialah pasaraya mega seperti Mydin, Tesco, Giant dan sebagainya. Konsep ini juga yang digunakan peniaga cina yang menjual benda yang sama sebelah-menyebelah.

Konsep Perniagaan Berpusat

Sebuah kedai menjual kain mungkin ada 50 jenis kain. Cuba anda bayangkan apa persepsi anda bagi sebuah tempat yang 50 buah kedai menjual kain? Secara amnya anda terus terfikir betapa banyaknya pilihan anda disana. Benar atau tidak?

Kemudian anda terfikir sekiranya anda pergi ke sebuah kedai yang menjual kain dan tidak berjumpa harga yang bersesuaian, anda harus memandu atau mengeluarkan lagi kos petrol untuk mencari kedai lain. Di situ anda rugi bukan? Jadi sudah pasti pilihan anda ialah tempat perniagaan yang mempunyai banyak pilihan dan peluang anda mencari harga yang paling murah.

Pusat Perniagaan Sedia Ada Di Malaysia

Terdapat pusat perniagaan seperti ini di Malaysia sama ada diaturkan oleh kerajaan ataupun oleh pakatan peniaga itu sendiri. Saya lebih suka memberi contoh dimana pusat yang diatur oleh peniaga sendiri kerana ini membuktikan mereka bersepakat dan menerima konsep ini.

Apabila anda bercerita tentang lanskap, apakah tempat yang sering manis dibibir banyak orang di Kuala Lumpur dan Selangor. Jawapannya ialah sungai Buloh. Di Sungai Buloh terbaris puluhan kedai yang menjual produk lanskap dari pokok hinggalah ke pasu bunga. Saya sendiri pernah bertanya 10 orang rakan di Kuala Lumpur secara santai dan 9 orang daripada mereka menyarankan Sungai Buloh.

Pemasaran Bermula Dari Rumah Bakal Pelanggan

Menarik perhatian pelanggan haruslah bermula daripada rumah mereka. Ini adalah penting supaya apabila mereka memegang kunci kereta, hati mereka sudah teringat untuk memandu ke tempat anda.

Seperti saya katakan tadi, apabila dari 10 orang yang ditanya 9 daripadanya berkata Sungai Buloh. Maka 9 orang ini akan memandu ke Sungai Buloh. Peniaga di Sungai Buloh sudah mempunyai 9 orang prospek. Sementara peniaga lanskap di tempat lain hanya ada satu.

20 kedai lanskap di Sungai Buloh mempunyai 9 orang prospek tetapi 20 buah kedai merata tempat hanya mempunyai 1 orang prospek sahaja. Bukankah ini satu penjimatan kos pemasaran?

Orang Melayu Jangan Berdengki Tetapi Memanfaatkan Kaedah Ini

Saya pernah menjadi mangsa hasad dengki orang melayu sewaktu menjalankan perniagaan restoran. Sungguhpun restoran saya berjauhan dari kelompok restoran melayu lain, namun saya tidak terlepas daripada terkena ilmu hitam yang merosakkan perniagaan dari masa ke semasa hinggakan pernah memberi kesan kepada kesihatan.

Ke manakah akhirnya budaya ini? Andai ada 10 restoran melayu berdekatan, pelanggan sebenarnya lebih suka pergi ke sana. Tetapi apabila tinggal 1 sahaja, adakah mereka ini fikir bahawa semua pelanggan akan menjadi milik mereka? Mereka silap sama sekali. Sudahnya 1 restoran yang tinggal ini mungkin akan gulung tikar juga.

Jangan takut untuk berniaga berdekatan. Anda hakikatnya membentuk satu tempat perniagaan berpusat yang mampu menarik perhatian pelanggan. Peniaga keropok lekor di Terengganu telah membuktikannya. Begitu juga beberapa tempat yang sering mencetus minat pelanggan untuk ke sana.

Pelanggan mahukan pilihan dan harga. Beri mereka apa yang mereka mahu. Jangan habiskan wang anda menambah dosa hasad dengki dan juga secara tidak sedar meruntuhkan prospek. Selamat maju jaya.

sumber: Artikel iluvislam.com

Biodata penulis

Haniff Abdul Hamid adalah seorang pengamal OSH, penceramah motivasi bebas, usahawan dan penulis bebas. Beliau menghabiskan banyak masa dalam beberapa tahun yang sudah bekerja di dalam industri tenaga, minyak dan gas di Timur Tengah, Asia Barat dan Asean. Beliau mula menulis tentang politik, kerjaya, perniagaan, agama dan kehidupan secara kritis mengenai banyak isu sejak 2005. Kini menulis buku dan di laman web peribadi.

Bagaimana Membina Empayar Perniagaan  

Posted by ziikram_muslim in

Apabila menyebut tentang empayar, kita membayangkan satu pembentukan kuasa yang besar merangkumi jajahan dan taklukan. Ia juga adalah sesuatu yang boleh berlaku dalam perniagaan malah telah banyak syarikat membentuk empayar perniagaan yang menakluki jajahan tertentu dalam ertikata penjajahan pasaran.

Tapi ini bukan kisah cerita-ceritut atau sembang artikel yang semudah kata. Ia melibatkan perancangan, strategi, usaha, politik dan keberanian. Angan dan sembang akan membuatkan topik ini menjadi hanya sebuah lagi cerita kartun untuk menyedapkan telinga yang mendengar dan mata yang membaca. Jadi apakah sebenarnya kaedah membina empayar perniagaan yang berkesan?

Kelemahan kita orang Asia khususnya adalah memandang barat sebagai sumber maklumat dan rujukan ultra tanpa melihat potensi yang sedia ada dalam diri dan bangsa. Hari ini orang Amerika kata saya ada formula itu dan ini dan kita begitu mudah terpengaruh dan melabur tanpa usul periksa. Kerana itu juga kita percaya dengan sejarah bahawa orang putih datang
ke Tanah Melayu untuk perdagangan rempah. Rempah apalah yang orang putih makan sangat berbanding kita? Kerana itu minda kita senang dijajah.

Itulah sebenarnya kunci membina empayar iaitu menakluk dan menjajah minda. Saya mengkaji orang putih tentang apa yang dilakukan dan bukan apa yang dicakapkan. Ini adalah kerana bangsa yang berjiwa 'tauke' ini akan sentiasa mengajar kita menjadi bagaimana untuk menjadi pelanggan mereka dan bukannya menjadi usahawan.

Dahulu apabila kita melihat baju 'Made in Usa' atau 'made in' mana-mana negara Eropah, terpelancut didalam benak kita tentang produk yang berkualiti. Berbeza dengan 'Made in Malaysia' yang dipandang 2nd class. Maka jadilah orang kita mengikut cakap seniman Aziz Satar dalam fielm seniman Bujang Lapuk,"2nd class separuh bayaran". Tanpa disedari, minda kita telah dijajah untuk membayar lebih kepada mereka yang sebenarnya kilang barangan mereka itu adalah di Malaysia juga. Kita pula berlaku tidak adil kepada barangan orang kita tanpa banyak mengkaji ada yang berkualiti malah lebih baik daripada mereka.

Baiklah. Sekarang kita tahu, bangsa kita selama ini adalah bangsa yang dijajah pemikiran dan anda mungkin telah memahami apa yang cuba saya sampaikan. Sekarang anda fikir, bolehkah anda menjajah minda orang putih ini kembali sepertimana mereka menjajah minda kita dalam segala segi sejak berkurun lamanya?

Jawapannya tidak semudah itu. Peperangan membina empayar perniagaan dunia harus berubah mengikut masa dan zaman. Dahulu orang kita kurang pendidikan, maka menjajah minda adalah teknik yang praktikal dan mudah dilakukan untuk membina empayar perniagaan. Berbeza dengan sekarang yang mana ramai sudah pergi ke sekolah dan pandai. Kini ia masih lagi berkisar tentang penjajahan minda tetapi dengan pendekatan dan teknik
yang berbeza.

China adalah contoh terbaik sebuah negara yang begitu pantas menjajah ekonomi dunia dengan menundukkan gergasi ekonomi barat dalam tempoh tidak sampai 10 tahun. Penjajahan China terhadap ekonomi dunia bukanlah satu perkara mudah yang boleh dibalas kembali oleh barat. Mereka memperbaiki teknologi mengejar kualiti barat dalam tempoh setiap saat dan sentiasa memberikan harga yang terendah di dunia.

Bagi orang islam, anda pasti ada mendengar bahawa di akhir zaman maka akan wujud banyak pasar yang besar dan itu kita boleh lihat dengan kewujudan hypermart yang memonopoli perdagangan runcit. Adakah mereka ini menjual barangan berkualiti dan tahan lama? Jawapannya tidak kerana mereka hanya menjual barangan yang MURAH dan murah itulah yang menjadi kaedah dalam menjajah psikologi pelanggan.

Kegagalan ramai peniaga berkembang ialah mereka tidak cuba mempastikan sentiasa ada transaksi dan cuba menawarkan harga yang sentiasa membuat pelanggan berfikir berkali-kali dan akhirnya tidak membeli. Kita perlu ingat, jika kita tidak membeli idea dan kelentong orang putih, mereka tidak akan dapat menguasai Tanah Melayu. Mereka berjaya menjual teori dan idea mereka. Sekiranya kita tidak menyukarkan idea dan barangan kita dibeli, bagaimana pelanggan boleh mengenali kita, dan bagaimana dapat kita menjajah pasaran?

Perniagaan adalah satu perkara yang melibatkan masa untuk terbina. Barangsiapa yang mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku dalam perniagaan tanpa mengambilkira soal pokok perniagaan itu sendiri, maka sudah pasti mereka akan kecundang. Usahlah lagi membuang masa untuk memikirkan tentang membentuk empayar.

Cuma kalau ditanya kepada saya adakah kita masih perlu bertungkus-lumus untuk membina ekonomi jikalau sudah dilihat bahawa dunia kini berada di akhir zaman? Bukankah elok kita fokus kepada memperbetulkan tauhid dan aqidah umat islam yang main bermasalah? Bukankah kita diingatkan supaya bekerja seolah akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadat seolah mati esok hari? Perjuangan kehidupan dan agama itu tiada noktahnya sehingga bergulung dunia ini dihari kiamat.

Mengapakah orang Islam kini sering dijajah minda dan amat sukar dilihat menguasai ekonomi? Ini adalah kerana orang Islam ini sangat pandai berkata-kata tetapi amat kurang yang mahu berfikir dan berusaha. Mulut mudah berkata bahawa Islam itu 'syumul' dan segala perkara dalam kehidupan itu ada di dalam Islam tetapi adakah orang Islam benar-benar mengamalkan kehidupan dan cara Islam itu sendiri?

Konsep 'ta'awun' yang ada didalam Islam diamalkan meluas oleh kaum cina diseluruh dunia tapi bagaimana dengan orang Islam lain? Orang cina membina rangkaian perniagaan dan membina keakraban melalui hubungan sosial dan jaringan (network) tetapi adakah itu amalan orang Melayu yang mengaku dominan dan sinonim dengan Islam di Tanah Melayu ini? Itulah lemah kita dan akan sentiasa lemah kerana kita lebih teruja pada nama dan bukan pada hakikat. Malah ada kumpulan yang bingkas bangun bila Melayu ditegur dan dikutuk sifat buruknya lalu dilabel orang itu 'pengutuk bangsa sendiri'. Kerana itulah kita mudah dijajah. Kita sukar mengizinkan minda kita diperbaiki dan diperbetulkan.

Namun ia tidak bermaksud orang Islam khususnya Melayu Islam tidak boleh maju ke depan. Kita tidak perlu menunggu bangsa ini menjadi betul 100% baru kita boleh membuat perubahan. Perlu diingat juga Islam itu bukan Melayu sahaja. Orang Islam terdiri daripada pelbagai etnik di dunia. Saya lebih suka mencadangkan orang Islam membina empayar perniagaan dengan mensasarkan pasaran barangan muslim. Halal Hub adalah satu contoh yang baik sebagai satu idea penaklukan ekonomi. Anda juga boleh melahirkan idea dan konsep untuk menakluk kembali ekonomi orang Islam yang kini dijajah orang orang lain.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Haniff Abdul Hamid adalah seorang pengamal OSH, penceramah motivasi bebas, usahawan dan penulis bebas. Beliau menghabiskan banyak masa dalam beberapa tahun yang sudah bekerja di dalam industri tenaga, minyak dan gas di Timur Tengah, Asia Barat dan Asean. Beliau mula menulis tentang politik, kerjaya, perniagaan, agama dan kehidupan secara kritis mengenai banyak isu sejak 2005. Kini menulis buku dan di laman web peribadi.


sumber: koleksi artikel iluvislam.com

minda yang betul untuk seorang "IM"  

Posted by ziikram_muslim


Saya pasti sebab utama mengapa seseorang IM gagal dalam perniagaan internet adalah kerana mereka TIDAK mempunyai minda yang betul. Jika anda mahu berjaya dalam bidang ini dan membina empayar online anda sendiri, anda mesti mempunyai rangka pemikiran dan minda yang betul.

Ini penting kerana jika anda tidak mempunyai minda yang positif, anda akan berdepan dengan pelbagai masalah apabila pelan yang dirancang tidak menjadi. Sewaktu anda baru hendak memulakan sesuatu projek , rancangan yang telah anda rangka selalunya akan kucar-kacir pada awalnya. Anda juga mungkin akan terfikir untuk mengaku kalah dan mengangkat bendera putih tetapi mereka-mereka yang mempunyai pemikiran yang positif akan terus berusaha dan tidak akan mudah berputus asa.

Ramai di antara orang baru mula menceburkan diri dalam perniagaan internet cuba untuk menjana pendapatan dengan cepat tanpa usaha yang banyak, dan cara ini adalah salah sama sekali. Pembinaan empayar online memerlukan kerja keras dan dedikasi yang tinggi, inilah yang menyebabkan 97% daripada mereka gigit jari dan kecewa.

Tidak wujud langsung kepercayaan yang “kejayaan boleh datang dengan pantas”. Ramai orang mendakwa mereka telah mendapat kejayaan dengan cepat tetapi mereka tidak mendedahkan yang mereka telah melaburkan masa bermalam-malam untuk berada di mana mereka berada sekarang.

Saya hanya berjaya mendapat jualan, komisen hanya pada tahun berikutnya setelah pada tahun pertama saya gagal memperolehi apa-apa jualan samada dari produk sendiri dan affiliate.

Jadi, bagaimana membina pemikiran positif:

  1. Dapatkan bantuan daripada orang yang berjaya, cuba berkawan dengan mereka dan minta mereka untuk membimbing anda.
  2. Cuba baca, dengar dan hayati bahan-bahan ilmu-ilmu berkaitan dan luangkan masa untuk belajar dari ilmu yang anda perolehi untuk berjaya.

Bina pemikiran yang betul dan anda akan saksikan perubahan yang ketara dalam perniagaan online anda. Bahagian pertama dalam sesuatu kejayaan adalah pemikiran, jadi, mulakan langkah menuju kejayaan dengan minda yang betul.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Mengenai Penulis

MazlieNadzri merupakan Interet Marketer separuh masa. Beliau mula aktif dalam perniagaan interet sejak awal tahun 2006. Kemahiran beliau adalah menjana wang menerusi affiliate, penghasilan produk, pemilik servis design, dan pemasangan sistem. Beliau juga telah menulis 2 buah buku mengenai multimedia yang kini berada di kedai-kedai buku berhampiran. Maklumat lanjut, layari blog beliau di sini untuk mempelajari ilmu bisnes internet.

DIMANAKAH TEMPAT PELABURAN TERBAIK?  

Posted by ziikram_muslim




Mungkin ramai yang ingin tahu dimanakah tempat pelaburan yang terbaik ketika ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum ekonomi
negara kini berada dalam keadaan bertambah baik
akhir-akhir ini.

Sepanjang tahun ini FBM KLCI (saham) berada
pada paras tertinggi dan berada sekitar 1,500 mata.

Matawang RM semakin kukuh berbanding US Dollar.

Harga Emas naik mencanak pada akhir tahun lalu dan mulai turun menjelang Tahun Baru Cina.

Maka ramailah yang mulai tertanya-tanya?

Dimanakah tempat terbaik untuk melabur pada masa sekarang?

Sebenarnya terdapat banyak tempat pelaburan yang terbaik!

Dan terdapat pelbagai cara untuk melakukannya.

Tapi itu semua jika anda tahu dan punyai maklumat yang tepat atau dengan kata lain, anda ada ilmu pengetahuan!

Sebab itulah, bagi yang Pakar, tempat terbaik untuk melabur (bukan sahaja pada masa sekarang bahkan sepanjang masa) adalah dengan MELABUR DALAM DIRI SENDIRI!

Omputih cakap "invest in yourself".

Ini bermakna anda boleh membaca buku berkaitan ekonomi dan pelaburan.

Menghadiri seminar, sering bertanyakan soalan kepada pakar, atau anda mungkin boleh sambung belajar.

Ini adalah cara yang paling bagus dan terbaik untuk mendapatkan pulangan daripada pelaburan anda!

Pulangannya bukan sekadar wang tapi diri anda sendiri akan menjadi lebih bernilai!

Yang paling menarik, melabur dalam diri sendiri dalam Ilmu ini tiada risiko kerugian!

Rugi jika anda tak guna Ilmu yang ada dan praktikkannya! Itu sahaja!

Namun begitu jika anda nak tahu cara terbaik memilih pelaburan yang menguntungkan, anda boleh dapatkan Ebook BAGAIMANA MEMILIH PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN melalui link berikut:

http://www.Emas.KewanganPeribadi

Melalui link tersebut anda juga berpeluang mengetahui Rahsia Menjana Keuntungan Melalui Akaun Pelaburan Emas!

Jadi jangan tunggu lagi dapatkannya sekarang!

Ikhlas,

saudagar online

Bagaimana Buat Duit Dengan Software  

Posted by ziikram_muslim


Bagaimana Buat Duit Dengan Software (Bahagian I)


oleh Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara (c) 2011 http://www.BisnesDigital.com

Kebanyakan individu mempunyai persepsi yang mereka perlu mencipta perisian seperti Microsoft Word, Micrososft Powerpoint ataupun Adobe Dreamweaver untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan di Internet. Sebab itulah ramai yang berasa takut untuk menjadikan software sebagai medium untuk menghasilkan pendapatan di Internet.

Memang agak menakutkan jika itulah persepsi anda.

Sudah pasti anda memerlukan satu kumpulan pengaturcara yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan pengalaman yang luas untuk menghasilkan software seperti yang dihasilkan oleh Microsoft ataupun Adobe. Itu belum lagi termasuk kos penggajian dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan software di Internet, anda tidak perlu menghasilkan software seperti yang dihasilkan oleh Microsoft, Adobe, Apple dan banyak lagi syarikat besar di luar sana. Satu aplikasi mudah yang dapat dihasilkan dalam masa yang singkat untuk menyelesaikan masalah sesetengah kumpulan pengguna sudah cukup untuk memberikan anda 5 atau 6 angka tambahan ke dalam akaun bank anda (atau mungkin juga sehingga 7 angka).

Jadi, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah hapuskan persepsi yang anda perlu cipta software kompleks seperti yang dijual oleh syarikat-syarikat besar di luar sana.

Fokus kepada aplikasi mudah yang boleh dijadikan penyelesaian kepada masalah sesetengah sasaran pasaran.

Sebagai contoh, bina aplikasi yang boleh membantu anda mengingatkan tarikh lahir pasangan anda dan ahli keluarga yang lain. Ianya bukan sahaja dapat membantu meningkatkan perhubungan di antara pasangan dan keluarga tetapi saya pasti ianya tidaklah serumit mencipta sebuah software untuk membina sebuah roket.

Bagaimana pula aplikasi yang membolehkan anda menukarkan gambar yang anda ambil melalui kamera biasa anda kepada gambar yang mempunyai efek seperti bingkai gambar, warna hitam putih, latarbelakang gambar dari negara asing dan sebagainya? Saya pasti ianya juga tidak sesukar untuk mencipta software Microsoft Powerpoint.

Dua contoh di atas adalah contoh semata-mata untuk memahami konsep yang ingin saya sampaikan.

Sudah tentulah anda juga perlu tahu bahawa aplikasi yang anda akan cipta ini mempunyai permintaannya dan orang lain sanggup membayar aplikasi tersebut untuk menggunakannya. Jika anda sudah pastikan pasaran ini dan anda mempunyai penyelesaiannya, saya pasti anda akan dapat menjual aplikasi atau ‘software’ anda dengan mudah.

Dan jika anda ingin pelajari dengan lebih lanjut tentang penciptaan software yang laris, bagaimana memasarkan software anda dan sebagainya, Pakar Software adalah sumber unik untuk anda mempelajarinya. Tiada produk yang mengajar anda untuk menjadi ‘software marketer’ di dalam pasaran tempatan buat masa sekarang selain daripada Pakar Software. Itulah sebabnya anda perlu memiliki Pakar Software secepat yang mungkin sebelum orang lain mendapatkan dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari daripada program ini.

Dapatkan Pakar Software di http://www.PakarSoftware.com


Bagaimana Buat Duit Dengan Software (Bahagian II)

oleh Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara (c) 2011 http://www.BisnesDigital.com

Kalau nak buat duit di internet, anda perlu jual sesuatu. Kalau anda nak buat duit dengan software, anda perlu jual software. Adakah kenyataan ini benar?

Jawapannya ialah “ya” dan “tidak”.

Jawapannya “ya” jika anda hendak jadikan software tersebut sebagai produk untuk anda dapatkan pendapatan secara langsung. Maksudnya, memang anda cipta software tersebut untuk dijual. Apabila seseorang membeli software yang anda jual di internet, anda akan mendapat pendapatan daripada hasil jualan tersebut.

Ianya semudah pemahaman anda tentang jual beli secara konvensional.

Di internet, jika anda ingin menjual software secara begini, anda perlu ada beberapa peralatan asas seperti laman web, kemudahan mengambil tempahan dan mungkin juga sistem bantuan pelanggan. Tiada apa yang berbeza dengan menjual produk informasi yang lain.

Walaubagaimanapun, jawapan anda mungkin boleh jadi “tidak” kerana anda tidak semestinya menjual software untuk buat duit di internet.

Bagaimana?

Sebenarnya, sudah ramai yang menggunakan kaedah ini di dalam menjana pendapatan di internet. Software digunakan sebagai medium atau peralatan promosi sahaja dan tidak dijual terus kepada pelanggan. Kaedah ini sahaja pun boleh dipecah-pecahkan lagi kepada beberapa strategi pemasaran lain yang lebih licik dan amat berkesan.

Saya tak akan membincangkan kesemua strategi pemasaran tersebut di sini tetapi biar saya berikan salah satu caranya.

Begini, anda cipta satu software untuk diberikan secara percuma dan untuk pengguna menggunakan software anda ini, mereka perlu daftar masuk ke laman web anda. Disebabkan software anda diletakkan di laman web anda, pengguna akan sentiasa daftar masuk dan menggunakannya.

Apa yang terjadi di sini ialah semakin banyak pengguna, semakin ramai yang melawati laman web anda. Walaupun software anda diberikan percuma, anda sebenarnya sudah pun dapat menjual sesuatu.

Caranya?

Anda tawarkan ruang iklan di dalam laman web anda. Jadi, setiap kali pengguna software anda daftar masuk untuk menggunakan software percuma anda, mereka akan dipaparkan dengan iklan anda. Dari iklan inilah anda akan dapat hasilnya. Jika iklan anda tersebut adalah promosi produk anda yang lain, mungkin jualan anda akan terhasil dengan cara ini. Jika ruangan iklan anda ini dijual kepada orang lain, anda sudah pun sebenarnya telah menghasilkan pendapatan daripada jualan ruangan iklan tersebut kepada klien anda.

Dalam apa cara sekali pun, software anda tetap tidak dijual.

Strategi ini ada didedahkan di dalam teleseminar yang saya dan Patric anjurkan baru-baru ini. Dan anda boleh mendengar rakaman teleseminar ini secara PERCUMA melalui laman web di bawah. Jawapan kepada pelbagai soalan yang diajukan kepada saya dan Patric juga ada di dalam teleseminar ini.

http://www.pakarsoftware.com/teleseminar.html

Rumusannya, anda boleh aplikasikan banyak strategi untuk menjana pendapatan di internet dengan software dan ianya tidak semestinya dengan cara menjual terus kepada pelanggan anda.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003 lagi. Program terbaru beliau bersama Patric Chan “Pakar Software” adalah sebuah panduan untuk anda menghasilkan dan menjual perisian di Internet menggunakan kaedah Pakar Bisnes Internet. Ianya sebuah sebuah topik dan panduan yang belum pernah didedahkan kepada pasaran tempatan sebelum ini. Dapatkan “Pakar Software” sekarang di http://www.PakarSoftware.com