Teknik Promosi Online  

Posted by ziikram_muslim in

Kebenaran Tentang Pengiklanan Online.

Anda mungkin sudah sedia maklum dengan konsep pengiklanan semula, iklan anda mungkin telah dilihat 8-10 kali sebelum menjangka sebarang pembelian. Tidak kira tahap kemajuan teknologi, psikologi manusia tidak boleh berubah. Otak masih lagi di tempatnya. Lebih pendedahan yang anda dapat maka ia akan menjadi kebiasaan, dan orang akan mula menyukai anda.

Tidak kira dimana anda tinggal, anda mesti ada pengalaman mempunyai kempen anda sendiri. selama masa tersebut mereka melang
kah kedepan melalui pengiklanan. Menghantar ke press realease, keluar dalam rancangan tv, mengelilingi setiap negeri memberi ucapan, membuat penjumpaan awam dengan mengadakan jamuan, pelancaran, pembukaan, makan malam dll. secara ia boleh dilihat dimana-mana sahaja pada masa yang sama.

Fikirkan tentangnya. walaupun hari cuti dan iklan masih dipaparkan apabila ada sesuatu keraian. kita ambil contoh air minuman coke, kenapa ia perlu memastikan jenamanya menjadi pilihan orang ramai.

kebenaran yang pertama:


1. Jangan biarkan orang melupai anda, pastikan anda sentiasa berada di hadapan selalu.


2. Sentiasa aktif dalam kempen pengiklanan.

3. Jangan hanya menggunakan satu medium pengiklanan anda, gunakan sebanyak mana iklan yang anda mampu.

4. Gunakan tajuk yang terbaik bagi setiap iklan anda, jadi orang kenal dengan iklan anda dan menjadi kebiasaan untuk klik melalui iklan anda.


5.Di dalam fikiran manusia, apabila mereka melihat iklan anda dimana2, secara automatik ia akan mewujudkan pengaruh berikut mengenai anda:


>>Anda dipercayai kerana membuat iklan yang agrasif.

>>Anda mesti boleh buat duit, kerana itu anda membelanjakan wang untuk pengiklanan.


>>Produk anda mesti bagus, kerana itu orang membelinya.


>>Orang lain sudah membelinya, adakah saya ketinggalan sesuatu yang penting?


>>Jadi saya juga akan mencubanya.



Sekarang mari kita imbas kembali. Bagaimana maklumbalas ini kepada perniagaan anda? Jadi perbelajaan yang lebih tidak boleh untuk masa yang panjang. Bagaimana pelan untuk membuat ia menjadi iklan yang praktikal?


Bagaimana mahu memulakan:

1.Hantar iklan anda ke semua ezine menggunakan servis submission yang murah.


2.Gunakan laman secara automatik-iklan anda dipaparkan di jutaan laman web di internet. disini perniagaan yang baru biasanya bermula.

3.Iklankan ad anda di tempat yang terbaik, lakukan kajian mengenai target pemasaran anda dan iklankan disitu.

4.Tuliaskan satu artikel. apabila menuliskan artikel dan cari tempat untuk mensiarkannya, dapatkan tempat yang mempunyai trafik yang tinggi.

5.Tempah (sejuta) pelawat yang dijamin, semetara mencipta laman yang istimewa yang diberikan secara percuma dengan pendaftaran disediakan


6.Sebarkan program affiliate yang terbaik.


7.Dapatkan kerjasama dengan laman web yang mempunyai pelawat yang ramai dalam industri.


8.Binakan taktik penjenamaan dengan mencipta banner dan tempatkan di tempat yang ramai pelawat.


9. Jangan hantar ke press realease jika itu maklumat yang bernilai.



Pastikan iklan anda boleh dilihat dimana2 pada masa yang sama. Bermula dengan yang kecil kemudian membuat semula dengan keuntungan anda. Pastikan ia kekal dan terus kekal. kemudian iklan dengan lebih banyak.


Iklan Terbaik Anda - Fakta Terbaik.


Ini bukan artikel untuk menarik perhatian atau mengahasilkan iklan.


Seperti hari biasa saya menghantar newsletter mingguan, apabila pelawat yang masuk dan saya melihat profile mereka. Opppss! saya sudah terputus hubungan dengan pelanggan saya dan tidak ada cara lain untuk menghubunginya. jadi saya hanya tunggu pelanggan tersebut menghubungi saya semula.

Tetapi bukan semua datang dengan iklan yang tidak menarik di ezine atau laman direktori. saya melakukan kesilapan pengiklanan online hampir setiap hari. jadi saya sedar ia adalah isu yang begitu kritikal. walaupun pengiklan yang berpengalaman boleh membuat kesilapan ini.


Disini ialah sedikit tips yang boleh dan tidak boleh dilakukan:

1. Ingat untuk meletakkan link yang boleh diklik dengan menambah 'http://' dan gunakan 'mailto:', dan ujinya sebelum ia duiklankan.


2. Sesetengah program mail akan membatal bagi URL yang terlalu panjang dan tidak boleh diklik. jadi dapatkan servis untuk memendekkan URL anda.


3. Bersedia. Jika anda mempunyai alamat autoresponder, pastikan autoresponder tersebut berfungsi, dan boleh digunakan.


4. Jadikan diri anda sebagai pelanggan yang pertama, dan cuba respon anda. pastikan tidak ada kesilapan langsung.


5. Jika anda mengiklan melalui artikel, pastikan link boleh diklik atau sediak email address.


6. Sebelum mengeluarkan laman web anda, periksa dahulu setiap tempat sudah bersedia.


7. Sebelum membuat sebarang kempen pengiklanan pastikan webhost anda berupaya mengawal pelawat yang ramai. (bandwidth)


8. Cuba iklan dengan kos yang rendah dahulu baru yang besar kosnya.


9. Iklan pada pelawat yang ditarget sahaja.


10. Pastikan iklan anda power, pada masa sama boleh dipercayai, realistik dengan maklumat yang betul.


11.Selalu menggunakan ruang orang untuk penulisan iklan.


12. Bersedia memberitahu kelebihan produk anda, berapa ramai yang sudah membelinya dll


13. Untuk menjimatkan masa tulis dan simpan ad template anda di dalam fail yang khas.


Saya harap akan membantu dalam anda membuat pengiklanan di internet dan mendapat keuntungan yang besar.



"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

Blog: Tempat Buat Duit  

Posted by ziikram_muslim in

Kewujudan blog kian bertambah dari hari ke hari. Blog-blog ni di bina atas pelbagai sebab. Tapi ramai yang terlepas pandang, sebenarnya melalui blog juga kita boleh menjana pendapatan. Medan blog memang sudah terbukti berkesan untuk menjana pendapatan sampingan. Namun untuk memastikan blog yang dibina betul-betul mampu menghasilkan wang, perlulah menggunakan cara-cara tertentu. Disini saya ingin kongsikan beberapa cara yang berkesan untuk buat duit melalui blog. semoga ianya bermanfaat untuk semua..



1. Buat Duit Dengan Program Affiliate

Anda boleh menjana pendapatan melalui blog anda dengan menyertai program-program affiliate yang terdapat di internet. Apa itu affiliate ? Secara mudahnya, affiliate adalah rakan pemasaran di internet.

Jika di alam realiti, affiliate ini boleh diibaratkan sebagai pegawai pemasaran ataupun jurujual. Sebelum anda menyertai sesebuah program affiliate, cuba pastikan program affiliate tersebut mempunyai niche dan topik yang sama dengan blog anda.

Sebagai contoh, jika blog anda berkenaan dengan teknik menguasai adobe photoshop, maka anda boleh menyertai program affiliate yang berkaitan dengan gambar, grafik laman web ataupun servis design laman web.

Ini kerana, pelawat yang datang ke blog anda kebanyakannya berkeinginan untuk mendalami teknik membuat grafik yang cantik. Jika anda meletakkan iklan daripada program affiliate dalam kategori yang sama, potensi untuk anda mendapat komisyen adalah tinggi.

2. Buat Duit Dengan Servis

Melalui blog, anda sebenarnya berpeluang menjana pendapatan dengan memberikan servis dan perkhidmatan tertentu kepada pelanggan. Antara kelebihan menawarkan servis di blog anda ialah, perniagaan jenis ini tidak memerlukan stok, sebaliknya hanya memerlukan kebolehan anda selaku pihak yang menawarkan servis.

Sebagai contoh, rakan saya menggunakan blognya untuk menjalankan servis pengesahan akaun paypal menggunakan virtual kredit card(VCC). Ada juga yang menjalankan servis design tema blog sebagai punca pendapatan dari blog mereka. Ada juga yang menawarkan servis setup akaun adsense untuk mereka yang ingin bergiat dalam adsense.

3. Buat Duit Dengan Menjual Produk Digital/Fizikal

Blog anda mempunyai potensi yang besar sebagai tempat untuk anda menjual produk sendiri. Sekiranya anda mempunyai produk untuk dijual, tidak kira produk digital atau produk fizikal, anda boleh menggunakan blog anda sebagai tempat menjual produk tersebut.

Namun, ada pendapat yang mengatakan blog hanya sesuai untuk menjana trafik ke laman perniagaan anda. Menurut pendapat ini, minisite lebih sesuai dijadikan laman web menjual produk, manakala blog pula bertindak sebagai pembawa trafik ke minisite tersebut.

4. Buat Duit Dengan Menawarkan Ruang Iklan

Jika blog anda mempunyai pelawat yang ramai setiap bulan, anda boleh mempertimbangkan untuk membuka ruang iklan di blog anda. Berkemungkinan, anda boleh meletakkan harga yang berpatutan terhadap iklan yang akan diletakkan di blog anda ini.

Tempoh sewaan boleh jadi seminggu, sebulan atau setahun, bergantung kepada perjanjian yang dimeterai oleh anda dan pengiklan tersebut. Saya sendiri pernah ditawarkan dengan nilai yang agak berpatutan untuk satu sewaan di ruang blog saya sebelum ini.

5. Buat Duit Dengan Ulasan

Cara ke-5 buat duit dengan blog ini ini boleh diaplikasikan oleh anda, jika anda mempunyai kelebihan dalam bidang penulisan atau berminat untuk mengasah bakat anda dalam bidang ini. Dengan memberikan ulasan/review berkenaan dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang dilancarkan, anda mampu menjana pendapatan tambahan di internet.

Teknik ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya produk yang anda ulas itu dicari oleh orang ramai yang melayari internet. Sekiranya anda berminat, antara laman-laman web yang menawarkan teknik ke-5 ini ialah payperpost.com, shvoong.com dan reviewme.com.

Ada juga blogger yang membuat pertandingan mengulas blog mereka. Anda dikehendaki menulis tentang blog mereka dan pamerkan entri tersebut di blog anda pula. Jika anda rasa pertandingan tersebut berbaloi untuk disertai, tak salah jika anda mencuba nasib. Untung-untung blog anda jadi johan pula. Tuah manusia tak siapa tahu kecuali Allah SWT.

6. Buat Duit Dengan Menyertai Agensi Pengiklanan

Cara ke-6 buat duit dengan blog ini jika dilihat sekali imbas, mungkin mempunyai sedikit persamaan dengan teknik ke-4 di atas. Namun, teknik ini sebenarnya tidak sama. Caranya ialah dengan menyertai agensi pengiklanan seperti advertlets, nuffnang serta innity.

Untuk cara ke-6 ini, anda tidak perlu menawarkan ruang iklan di blog anda untuk pengiklan. Tetapi, cukup dengan menyertai agensi-agensi pengiklanan ini. Mereka telah menjadi orang tengah dengan menyediakan iklan-iklan daripada pengiklan untuk anda sediakan di blog anda.

Selalunya iklan ini mempunyai kitaran tertentu. Jadi, jika anda letak satu kod yang disediakan oleh agensi ini di blog anda, tidak kira di bahagian sidebar ataupun di bahagian entri, sebenarnya anda telahpun membantu mengiklan lebih daripada satu iklan.

Secara peribadinya, saya pernah menjadi penggemar agensi pengiklanan ini pada tahun 2007 yang lalu. Namun saya beralih arah daripada teknik ke-6 ini untuk menumpukan usaha terhadap teknik-teknik lain.

7. Buat Duit Dengan Teknik Blog Flipping

Ini merupakan teknik ke-7 dan terakhir untuk entri 7 cara buat duit dengan blog ini. Saya rasa mungkin teknik ini nampak macam tak familiar bagi anda bukan? Baiklah, apakah teknik blog flipping ni sebenarnya?

Blog flipping merupakan satu teknik di mana anda membina sebuah blog, menjana trafik ke blog tersebut, make-up blog tersebut cantik-cantik, menaikkan Google Page Rank dan Alexa Rank, dan akhirnya menjual blog tersebut kepada orang lain. Untuk memudahkan cerita, anda adalah broker kepada blog tersebut.

Dengan teknik blog flipping ni, anda tidak menjadikan blog tersebut sebagai blog peribadi, sebaliknya blog tersebut dibina semata-mata untuk dijual kepada blogger lain. Anda akan dapat keuntungan melalui penjualan blog tersebut.

Jika anda ingin sumber untuk membina blog percuma, anda boleh mendapatkannya di blogspot atau wordpress. Namun jika anda ingin meningkatkan nilai blog yang bakal anda jual nanti, saya sarankan anda membina sebuah blog self hosted.

Jika anda rasa membina sebuah blog self hosted adalah susah, Panduan WordPress Kit yang dihasilkan oleh Zulfadli mungkin boleh menghilangkan keraguan anda sama sekali. Panduan wordpress kit ini direka khusus untuk mereka yang tidak berapa mahir dengan kod HTML.


sumber asal: http://gajisendiri.com


"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

Rahsia Emas di Internet  

Posted by ziikram_muslim in

Pernahkah anda berangan-angan untuk memiliki empayar perniagaan sendiri @ dengan kata lain anda nak jadi bos? Saya yakin ramai antara kita bila sebut je pasal perniagaan sendiri mesti fikirkan tentang modal yang besar yg terpaksa dikeluarkan. Walau untuk memulakan perniagaan kecil sekalipun, kalau takde modal 5-6 ribu jangan haraplah nak berniaga. Yela, nak berniaga ni nak kena ada kedai/tempat. Lokasinya plak mestilah strategik, barulah tak lingkup perniagaan kita. Stok barang mestilah kena ada. Pastu nak kena buat promosi lagi. Kalau pakai pekerja, nak kena bayar gaji plak. Hadoi...banyak nak kena pakai modal tu.
Tak dinafikan memang ramai yang minat berniaga sendiri. Yela, nanti boleh jd tokey, kerja ikut suka hati je. Janji masyuk..Tapi disebabkan makhluk yang bernama "modal" ni, maka semuanya tak jalan. Cita-cita nak jadi tokey hanya kekal sebagai angan-angan Mat Jenin sampai bila-bila.

Tapi sedarkah anda, di abad ke 21 ni, yang semuanya benda dah canggih-manggih, soal modal dah tak jadi hal-lah bagi sape-sape yang nak berniaga. Yang penting ada keinginan, minat, dan berusaha bersungguh-sungguh. Sekarang ni nak berniaga tak semestinya ada modal. Dah ramai yang berniaga dengan cara ni. Kerjanya mudah, boleh bekerja ikut kesesuian masa sendiri, dan yang paling penting modal sikit. Tapi hasil yang dapat........Fuhh! berbaloi-baloi. Sampai ada yang dapat 5-6 angka dalam masa satu minggu. Dasyat-dasyat..

"Berniaga ape ni bro? Jual dadah ke? Setahu aku la orang yang jual dadah je yang boleh dapat duit banyak, cepat & senang. Kau jangan bro, aku tak nak buat kerja
haram ni. Kalau kena cekup, naye aku. Tak sempat la aku nak rasa nikmat dunia ni puas-Puas"

Ehh..Rilex r bro.
Tak kan saya nak ajar buat kerja haram plak. Saya pun tak nak makan dari hasil duit haram. Perniagaan yang saya maksudkan ni tak menyalahi undang-undang negara dan halal disisi syara'. Anda pasti tahu pasla internet kan? Perniagaan yang saya maksudkan ni melibatkkan internet la atau lebih popular sekarang ni dengan nama "perniagaan online". Sebenarnya kat internet ni bermacam- macam jenis perniagaan yang boleh kita buat. Kita boleh jual produk fizikal,produk digital, perkhidmatan dan sebagainya.

"Cakap memang senang bro, nak berniaga kat mana-mana pun mestilah nak kena ada benda untuk dijual. Kalau dah tak de pape yang boleh dijual, mcam mana nak berniaga"

Ha... inilah keistimewaan berniaga kat internet. kat internet ni macam-macam boleh jadi. Walaupun tak de produk sendiri kita tetap boleh berniaga. Caranya ialah dengan menyertai program affiliate. Program Afiiliate adalah program kerjasama antara pemilik produk dengan agen jualannya dimana komisyen akan diberisekiranya agen tersebut berjaya menjual produk tersebut melalui link yang diberi.Biasanya komisyen yang diberi adalah 40% dari harga produk. Malah ada pemilik program ni yang sanggup beri komisyen sebanyak 75% hingga 100%. Yang menariknya untuk join program affiliate nianda tak perlu bayar walau satu sen pun. 100% free of charge. Jadi anda boleh join sebanyak mana sekali pun program affiliate yang anda mampu.





Macam mana nak dapatkan jualan melalui link affiliate kita tu? Senang je.promosi, promosi & promosi. Nak promosi perniagaan kat internet ni plak ada macam-macam cara. Boleh guna email, forum, iklan percuma, facebook & macam-macam cara lagi-lah. Kalau kena dengan cara kita promosi hasilnya boleh cecah 5-angka dalam masa yang singkat. Promosi boleh dibuat bila-bila masa dan kat je yang anda rasa selesa. Prospek plak tak terbatas.Yela, yang guna internet kat dunia ni bape juta orang. Mereka semua boleh jadi prospek kita. Tapi nak promosi pun ada cara & pantang larangnya. Bukan ape, takut nanti promosi yang kita buat tu sia-sia dan nanti plak melanggar etika sebagai seorang usahawan internet.

kalau anda betul-betul minat nak sertai program affiliate dan nak jadi betul super power dalam bidang ni, saya sarankan anda dapatkan DVD Kursus affiliate.
DVD ni memang betul-betul super power. Ilmu yang di curahkan benar mantap.
Rugi kalau tak dapatkan.
Macam ni la, ape kata anda tengok & nilai sendiri ape yang buatkan DVD ni superz sangat. Jom Klik DVD KURSUS AFFILIATE:RB

Sape-sape yang dapatkan DVD tersebut akan berpeluang untuk join group tertutup yang ditubuhkan khas untuk pembeli DVD tersebut sahaja. Anda akan di jemput untuk sertai
group ni bagai seorang VVIP setelah pembelian anda disahkan oleh tuan punya DVD. Kat Group ni nanti macam-macam benda lagi anda boleh blaja mengenai Affiliate.

Ape tunggu lagi. Dapatkan sekarang juga DVD KURSUS AFFILIATE.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~**~**~*~*~~**~*~*~~*~*~*~*~*~*~*~*~*~**~*~*~*~**~~*~*



Sebenarnya banyak lagi cara untuk jadi peniaga berjaya melalui internet.
Tp kali ni cukup la setakat ni dulu ye.
k. saya cau dulu..

Selamat maju jaya.


"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."



Bisnes Cara Rasulullah.  

Posted by ziikram_muslim

Apabila dikaitkan perniagaan dengan Rasulullah pasti ramai yang teringat satu hadis yang bermaksud "9/10 punca pendapatan adalah melalui peniagaan". Usahawan muslim pasti tahu bahawa Baginda Rasulullah pernah berniaga dan hasil perniagaan baginda adalah berlipat kali ganda keuntungannya. Rahsianya ialah baginda setiasa jujur dalam urusan perniagaan yang baginda lakukan itu. Disini saya ingin kongsikan beberapa perkara yang yang baginda lakukan semasa berniaga.


1- Produk (Produk) Rasulullah S.A.W memasarkan barang dagangan atau produk yang menepati citarasa pengguna di kalangan masyarakat Arab. Baginda turut mengutamakan kualiti produk sepertimana Allah berfirman yang bermaksud : "Wahai manusia! Makanlah apa yang baik & dihalalkan di dunia & janganlah kamu mengikuti langkah syaitan" (Al-Baqarah: 168)

2- Promosi (Promotion) Promosi adalah aspek penting dalam sesebuah perniagaan. Tanpa promosi yang betul akan mengundang kegagalan yang memeritkan. Walau Rasulullah S.A.W menyedari betapa pentingnya promosi dalam melakukan perniagaan, baginda tidak pernah melebihkan produk dengan maksud ingin memikat pembeli. Promosi merupakan komunikasi dua hala yang penting antara penjual & pembeli. Baginda tegas mengatakan bahawa seorang peniaga yang baik perlu menjauhi diri drpd sumpah/janji yang berlebihan dan melampaui batas. Daripada Abu Hurairah R.A Rasulullah S.A.W bersabda: "Sumpah atau janji yang diucapkan untuk melariskan perniagaan dapat merosakkan keuntungan" (Direkodkan oleh Muslim) Seterusnya dlm satu hadith baginda bersabda : " Yang dinamakan jualan palsu adalah usaha utk melariskan barang dagangannya, lagi berusaha dgn cara yang tercela" (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

3- Penetapan Harga (Pricing) Harga sesuatu barang dagangan/jualan amatlah penting. Dalam proses penetapan harga, Rasulullah S.A.W mengamalkan konsep tertentu yang dapat difahami dalam hadith di bawah daripada Abdullah bin Umar : "Janganlah kamu menyaingi (secara tidak sihat) penjualan saudaramu sendiri" (Direkodkan oleh Bukhari & Muslim) Jika diteliti dalam hadith di atas, persaingan yang tidak sihat seperti perang harga yang melampau adalah dilarang. Namun baginda amat mengesyorkan persaingan yang sihat dgn menekankan kpd kualiti produk & memberi nilai hebat kpd pelangan dr produk yang dipasarkan...

4- Pemilihan Lokasi (Place) Semua peniaga telah maklum tentang betapa pentingnya lokasi/pemilihan tempat dalam perniagaan. Di zaman Rasulullah lebih 1400 tahun dahulu, faktor pemilihan tempat amatlah ditekankan oleh baginda. Pasar-pasar di sekitar Makkah menjadi tumpuan baginda kerana di situlah pedagang-pedagang luar berkumpul dan mengedarkan barangan yang dibawa. Baginda telah berusaha menempatkan dirinya di kalangan peniaga di sekitar Makkah terutamanya di pasar-pasar besar yang menjadi tumpuan sejak dari kecil lagi. Di sanalah juga Rasulullah S.A.W menjalinkan jaringan sebanyak mungkin dgn para pedagang tempatan & luar Makkah. Di samping itu baginda mementingkan hubungan yang baik dengan semua pelangannya. Baginda telah melarang beberapa strategi yang tidak adil contohnya strategi yang boleh membebankan petani-petani di kampung dan juga bakal pelangan. Ini dapat difahami dgn lebih jelas dalam hadith baginda S.A.W daripada Jabir : " Tidaklah dibolehkan penduduk kota menjadi perantara niaga bagi orang di desa. Biarkanlah orang memperoleh rezeki Allah satu daripada yang lain." (Direkodkan oleh Muslim).

cara bisnes Rasulullah ini sangat sesuai dilakukan oleh para usahawan sama ada secara online @ offline syaratnya perniagaan yang dilakukan itu adalah halal. Ini penting untuk mendapat keuntungan dalam perniagaan dan yang paling penting untuk memperolehi keberkatan.


"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

TIPS MURAH REZEKI + KEBERKATAN  

Posted by ziikram_muslim in





Sekarang ni ramai yang mengeluh kerana dihimpit masalah kewangan. Biasalah harga barang keperluan makin hari makin naik. Namun hasil pendapatan @ gaji masih di takuk yang lama. Kalaupun ada peningkatan hasil pendapatan, ia tetap saja tak mencukupi untuk menampung keperluan harian keluarga yang semakin meningkat. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menetap di bandar. Berkali gandalah kos yang perlu di tanggung. untuk meneruskan sisa-sisa hidup yang kian terhimpit, ramai di antara mereka yang sanggup berhutang dengan ceti haram @ ahlong. Natijahnya, hidup diburu ketakutan sepanjang masa. Tak sedikit kes-kes yang melibatkan
kekejaman ahlong ni tersiar di media2. Ada yang di ugut, pkul, bunuh dan sebagainya. Tak cerita lagi bab mereka2 yang sanggup melakukan apa saja walaupun menyalahi undang2 ataupun hukum2 agama. Tujuan mereka hanyalah satu. Dapatkan duit untuk terus hidup.
Bagi mereka, walau seperit mana sekalipun untuk hidup, ia tetap perlu di teruskan. Agaknya kenapalah keadaan ni berlaku? Kenapalah susah sangat nak perolehi rezeki yang sentiasa mencukupi?. Mungkinkah ini disebabkan rezeki yang di perolehi selama ini tak berkat.
Sebagai serang muslim, apabila bercakap soal rezeki ia wajib menitik beratkan soal keberkatan samaada dari segi bagaimana ia di perolehi serta untuk apa ia digunakan. Setiap makanan yang masuk ke dalam perut kita akan membentuk fizikal dan tingkah laku kita.

Disini saya cuba untuk kongsikan beberapa tips bagaimana untuk murah rezeki serta memperolehi keberkatan dalam rezeki tersebut...
semoga bermanfaat untuk semua....



1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah
Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman- Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya” (Riwayat Muslim)


8.Banyakkan berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Selalu Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) Azza Wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


14.Selalu bangun solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.Selalu menunaikan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca

“Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.mohonlah kepada Allah…

19.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)


Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah.

Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripadaNYA. InsyaAllah.


"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

sumber:http://www.zilhan.com

USAHAWAN & JUTAWAN  

Posted by ziikram_muslim in

Dr. Irfan Khairi(jutawan internet) menerusi bukunya Nota Jutawan Nota Motivasi telah mengetengahkan sumber daripada Brian Tracy International yang menyatakan bahawa mereka yang bergelar jutawan terdiri daripada lima kelompok.

#--> 74% adalah pemilik perniagaan.

#--> 10% adalah golongan eksekutif senior yang memanjat tangga korporat.

#--> 10% adalah golongan profesional seperti doktor, peguam dan sebagainya.

#--> 5% adalah jurujual berkomisen atau konsultan jualan.

#--> 1% adalah pelbagai golongan lain.


Melalui sumber ini jelas menunjukkan bahawa peluang bagi seseorang usahawan untuk bergelar jutawan adalah amat cerah. Bidang perniagaan membentangkan peluang yang cukup luas untuk sesiapa sahaja menceburinya. Sesiapa sahaja mampu menjadi usahawan/peniaga. Asalkan ada kemahuan, pasti akan ada jalan.
Dalam Islam, Rasulullah bukan setakat meletakkan 74% malah 90% punca rezeki adalah daripada perniagaan (maksud hadis riwayat Na'im bin Abd Rahman & Yahya bin Jabar)

Jadi, jutawan & perniagaan adalah saling berkait rapat ini kerana sebahagian besar golongan jutawan adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan perniagaan dan peluang untuk seorang peniaga untuk menjadi jutawan adalah sangat cerah.

Saya dan juga anda semua mampu untuk menjadi usahawan dan setiap usahawan mampu untuk menjadi jutawan. Apa yang penting, adanya keinginan dan seterusnya berUSAHA untuk mencapai kejayaan ...


"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

10 Sebab Kenapa wajib memiliki Perniagaan Internet  

Posted by ziikram_muslim in


Perniagaan Internet bukanlah sesuatu yang asing pada masa sekarang. Kalau dulu, ramai yang beranggapan internet sekadar digunakan untuk mencari bahan2 untuk menyiapkan asingment, untuk berchating dan sebagainya.Tapi kini ia telah menjadi satu tempat untuk menjana $$RM$$ kepada ramai usahawan internet. Al maklum sajalah, barang2 keperluan semakin hari semakin meningkat harganya. Kesanya ramailah yang xcukup duit nak sara keluarga walaupun siang malam bertungkus lumus mencari rezeki. Tapi seiring dengan kemajuan teknologi sekarang ni, dah ramai yang mula menemui "lubuk emas" untuk menjana pendapatan dgn cara mudah. kat mana lagi kalau bukan kat internet. Agak-agaknya kenapa la zaman sekarang ni ramai yang memilih ruang internet untuk mencari sesuap nasi..So, kat sini saya cuba sediakan beberapa sebab utama kenapa mereka ni terlibat dengan perniagaan internet sama ada secara part time @ full time.



1. Perniagaan Yang Mudah
Dalam perniagaan offline/biasa, seseorang peniaga memerlukan kemahiran yang khusus dalam selok-belokperniagaan yang mereka ceburi, dan sebahagiannya memerlukan juga kepada sijil atau kelayakan untuk membolehkan seseorang itu menjalankan perniagaan. Sijil dan kelayakan
amat penting bagi mengelakkan berlakunya kegagalan dlam perniagaan. Namun dalam perniagaan internet,sesiapa pun bolah menjalankannya. Memadai dengan hanya mengetahui konsep dan asas-asas perniagaan internet seseorang itu sudah mampu terlibat dengan perniagaan ini. Bagi mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan internet, maklumat berkaitan perniagaan internet boleh didapati denga mudah melalui enjin carian google, buku panduan dan pelbagai maklumat lain yang berkaitan sama ada yang berbayar ataupun secara percuma.

2. Boleh Dimulakan dengan Cepat
Model perniagaan internet adalah cukup simple dan boleh dimulakan dengan seberapa segera. Ini kerana ianya tidak memerlukan permit dan lesen perniagaan untuk membolehkan anda memulakan seperti perniagaan biasa. Anda hanya perlu meluangkan sedikit masa untuk
mempelajari teknik2 dan asas-asas perniagaan internet. Sesudah itu anda sudah
boleh memulakannya seterusnya menjana wang dengan pantas.

3. Kos promosi yang murah dan mudah.
Dalam dunia internet, anda boleh menghebahkan maklumat tentang perniagaan anda kepada seramai mungkin prospek dengan hanya beberapa klik sahaja. Setelah itu maklumat perniagaan anda akan disebarkan secara meluas dan berkesan dalam masa yang singkat. Berlainan dengan perniagaan biasa yang memerlukan anda menggunakan banyak modal, masa dan tenaga semata-mata untuk mempromosikan perniagaan anda. Hasilnya pula tidak seberapa dan terbatas.

4.Tanpa Modal Yang Besar
Modal perniagaan internet adalah terlalu rendah bahkan ada yang tidak memerlukan modal sama sekali.Berbanding dengan perniagaan biasa yang memerlukan menyediakan tempat yang sesuai,daftar perniagaan, lesen, beli stok barangan dan sebagainya. Berlainan dengan perniagaan internet yang memerlukan modal permulaan hanya beberapa ratus sahaja. Modal ini biasanya digunakan untuk membeli buku panduan, sewa domain dan hosting, laman web dan lain-lain.

5. Risiko Yang Rendah
Disebabkan perniagaan ini hanya memerlukan modal yang rendah, maka risiko kerugianya juga adalah rendah. Dalam perniagaan internet tiada risiko untuk ketiadaan pelanggan dan kerosakan barangan tapi anda mungkin rugi masa sedikit saja jika tiada siapa yang beli. Namun perkara ini dapat di elakkan sekiranya anda menggunakan teknik promosi yang menarik dan berkesan.

6. Perniagaan Tanpa Batasan
Dalam perniagaan internet tiada lagi istilah batasan waktu, tempat, pasaran, produk, jenis perniagaan dan lain-lain. Ini merupakan satu kelebihan yang begitu ketara dimana anda bebas untuk menjalankan perniagaan apa saja asalkan ada permintaan, dimana saja anda boleh buat perniagaan ini, pasaran yang begitu luas diluar sana, potensi pendapatan yang besar untuk
dinikmati dan anda bebas memilih jenis perniagaan sendiri yang anda minati samada produk fizikal mahupun digital.Produk perniagaan anda mampu dipasarkan ke serata dunia dengan kos promosi yang rendah.

7. Beroperasi 24 Jam
Dengan menggunakan sedikit skrip dan programming ataupun menggunakan software, perniagaan anda sudah boleh beroperasi 24 Jam sehari tanpa henti walaupun anda sedang tidur pelanggan boleh membeli produk anda dan duit mengalir masuk ke akaun setiap hari.

8. Jimat Cukai
Perniagaan di luar negara adalah bebas cukai sebagai contoh
perniagaan clickbank anda menjana wang US1000, dengan wang ini anda
tak perlu istihar pada sesiapa dan anda bebas menggunakannya.

9. Khidmat Sokongan Pelanggan Yang Mudah
Dalam perniagaan internet pelanggan boleh menghubungi anda dengan mudah melalui email, telefon, sms, chat dan internet phone. Anda boleh membantu pelanggan anda dengan mudah dan cepat dengan andanya kemudahan ini.

10. Pembayaran Yang Mudah
Dengan menggunakan perkhidmatan akaun pemproses kad kredit anda boleh menerima bayaran dari luar negara dan seluruh dunia. Memang menakjubkan sekiranya anda ada pelanggan dari seluruh pelusuk dunia yang menggunakan produk anda tidakkkah itu satu kebanggan kepada anda sebagai seorang ahli perniagaan.


Apa yang dapat disimpulkan disini berdasarkan 10 sebab di atas, jelaslah bahawa perniagaan internet merupakan satu perniagaan yang mesti diceburi semua orang. Ianya sesuai di lakukan oleh siapa sahaja. asalkan ada kemahuan dan kehendak.


akhir kata :
"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~



*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*