10 Sebab Kenapa wajib memiliki Perniagaan Internet  

Posted by ziikram_muslim in


Perniagaan Internet bukanlah sesuatu yang asing pada masa sekarang. Kalau dulu, ramai yang beranggapan internet sekadar digunakan untuk mencari bahan2 untuk menyiapkan asingment, untuk berchating dan sebagainya.Tapi kini ia telah menjadi satu tempat untuk menjana $$RM$$ kepada ramai usahawan internet. Al maklum sajalah, barang2 keperluan semakin hari semakin meningkat harganya. Kesanya ramailah yang xcukup duit nak sara keluarga walaupun siang malam bertungkus lumus mencari rezeki. Tapi seiring dengan kemajuan teknologi sekarang ni, dah ramai yang mula menemui "lubuk emas" untuk menjana pendapatan dgn cara mudah. kat mana lagi kalau bukan kat internet. Agak-agaknya kenapa la zaman sekarang ni ramai yang memilih ruang internet untuk mencari sesuap nasi..So, kat sini saya cuba sediakan beberapa sebab utama kenapa mereka ni terlibat dengan perniagaan internet sama ada secara part time @ full time.



1. Perniagaan Yang Mudah
Dalam perniagaan offline/biasa, seseorang peniaga memerlukan kemahiran yang khusus dalam selok-belokperniagaan yang mereka ceburi, dan sebahagiannya memerlukan juga kepada sijil atau kelayakan untuk membolehkan seseorang itu menjalankan perniagaan. Sijil dan kelayakan
amat penting bagi mengelakkan berlakunya kegagalan dlam perniagaan. Namun dalam perniagaan internet,sesiapa pun bolah menjalankannya. Memadai dengan hanya mengetahui konsep dan asas-asas perniagaan internet seseorang itu sudah mampu terlibat dengan perniagaan ini. Bagi mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan internet, maklumat berkaitan perniagaan internet boleh didapati denga mudah melalui enjin carian google, buku panduan dan pelbagai maklumat lain yang berkaitan sama ada yang berbayar ataupun secara percuma.

2. Boleh Dimulakan dengan Cepat
Model perniagaan internet adalah cukup simple dan boleh dimulakan dengan seberapa segera. Ini kerana ianya tidak memerlukan permit dan lesen perniagaan untuk membolehkan anda memulakan seperti perniagaan biasa. Anda hanya perlu meluangkan sedikit masa untuk
mempelajari teknik2 dan asas-asas perniagaan internet. Sesudah itu anda sudah
boleh memulakannya seterusnya menjana wang dengan pantas.

3. Kos promosi yang murah dan mudah.
Dalam dunia internet, anda boleh menghebahkan maklumat tentang perniagaan anda kepada seramai mungkin prospek dengan hanya beberapa klik sahaja. Setelah itu maklumat perniagaan anda akan disebarkan secara meluas dan berkesan dalam masa yang singkat. Berlainan dengan perniagaan biasa yang memerlukan anda menggunakan banyak modal, masa dan tenaga semata-mata untuk mempromosikan perniagaan anda. Hasilnya pula tidak seberapa dan terbatas.

4.Tanpa Modal Yang Besar
Modal perniagaan internet adalah terlalu rendah bahkan ada yang tidak memerlukan modal sama sekali.Berbanding dengan perniagaan biasa yang memerlukan menyediakan tempat yang sesuai,daftar perniagaan, lesen, beli stok barangan dan sebagainya. Berlainan dengan perniagaan internet yang memerlukan modal permulaan hanya beberapa ratus sahaja. Modal ini biasanya digunakan untuk membeli buku panduan, sewa domain dan hosting, laman web dan lain-lain.

5. Risiko Yang Rendah
Disebabkan perniagaan ini hanya memerlukan modal yang rendah, maka risiko kerugianya juga adalah rendah. Dalam perniagaan internet tiada risiko untuk ketiadaan pelanggan dan kerosakan barangan tapi anda mungkin rugi masa sedikit saja jika tiada siapa yang beli. Namun perkara ini dapat di elakkan sekiranya anda menggunakan teknik promosi yang menarik dan berkesan.

6. Perniagaan Tanpa Batasan
Dalam perniagaan internet tiada lagi istilah batasan waktu, tempat, pasaran, produk, jenis perniagaan dan lain-lain. Ini merupakan satu kelebihan yang begitu ketara dimana anda bebas untuk menjalankan perniagaan apa saja asalkan ada permintaan, dimana saja anda boleh buat perniagaan ini, pasaran yang begitu luas diluar sana, potensi pendapatan yang besar untuk
dinikmati dan anda bebas memilih jenis perniagaan sendiri yang anda minati samada produk fizikal mahupun digital.Produk perniagaan anda mampu dipasarkan ke serata dunia dengan kos promosi yang rendah.

7. Beroperasi 24 Jam
Dengan menggunakan sedikit skrip dan programming ataupun menggunakan software, perniagaan anda sudah boleh beroperasi 24 Jam sehari tanpa henti walaupun anda sedang tidur pelanggan boleh membeli produk anda dan duit mengalir masuk ke akaun setiap hari.

8. Jimat Cukai
Perniagaan di luar negara adalah bebas cukai sebagai contoh
perniagaan clickbank anda menjana wang US1000, dengan wang ini anda
tak perlu istihar pada sesiapa dan anda bebas menggunakannya.

9. Khidmat Sokongan Pelanggan Yang Mudah
Dalam perniagaan internet pelanggan boleh menghubungi anda dengan mudah melalui email, telefon, sms, chat dan internet phone. Anda boleh membantu pelanggan anda dengan mudah dan cepat dengan andanya kemudahan ini.

10. Pembayaran Yang Mudah
Dengan menggunakan perkhidmatan akaun pemproses kad kredit anda boleh menerima bayaran dari luar negara dan seluruh dunia. Memang menakjubkan sekiranya anda ada pelanggan dari seluruh pelusuk dunia yang menggunakan produk anda tidakkkah itu satu kebanggan kepada anda sebagai seorang ahli perniagaan.


Apa yang dapat disimpulkan disini berdasarkan 10 sebab di atas, jelaslah bahawa perniagaan internet merupakan satu perniagaan yang mesti diceburi semua orang. Ianya sesuai di lakukan oleh siapa sahaja. asalkan ada kemahuan dan kehendak.


akhir kata :
"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~



*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

This entry was posted on Saturday, January 8, 2011 at 12:56 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment