Jutawan Contoh  

Posted by ziikram_muslim


LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY
• Umur - 53 tahun
• Pendidikan - SPM
• Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
• Kekayaan -RM1,425 juta
• Ke 7 terkaya di Malaysia
• Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

- Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat

- Kereta – Proton Perdana

- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary,institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula – Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.



namun kawan2 ... ade perkara yg menarik ingin saya kongsikan iaitu

50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.
50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.


source: http://c-o-r-r-u-p-t-i-o-n.blogspot.com

Strategi Berniaga Unik Orang Cina  

Posted by ziikram_muslim


Anda biasa mendengar orang cina bermuafakat dan boleh berniaga benda yang sama sebelah menyebelah. Mereka tidak berdengki antara satu sama lain. Benarkah begitu? Satu perkara yang harus kita sematkan difikiran kita bahawa bangsa ini hidup berniaga ratusan tahun. Hakikatnya berniaga benda yang sama sebelah-menyebelah adalah persaingan. Mereka juga menerima perkara itu sebagai teori yang sama. Tapi mengapa masih mereka ini mampu berniaga sebelah-menyebelah?

Susah Satu Senang Banyak

Masalah yang paling utama dilihat dalam perniagaan adalah pemasaran. Ia adalah peraturan utama dalam mempastikan survival sesebuah perniagaan iaitu mempastikan pelanggan sentiasa ada. Mempastikan pelanggan sentiasa ada bermaksud mempastikan pelanggan sentiasa datang. Mempastikan pelanggan sentiasa datang bermaksud pelanggan sentiasa ingat untuk datang.

Untuk mempastikan pelanggan sentiasa ingat untuk datang, maka hendaklah dipastikan pelanggan mempunyai sebab yang kukuh untuk datang. Apakah sebab yang kukuh untuk menarik perhatian pelanggan datang? Dalam konsep yang bakal saya terangkan ini ia merujuk kepada menarik perhatian pelanggan datang atas sebab mereka mempunyai banyak pilihan. Anda pasti masih keliru dan tertanya-tanya bukan? Teruskan bacaan....

Pemasaran Mulut Ke Mulut

Teknik pemasaran ini adalah yang terbaik dari segala teknik. Kerana itu ia menjadi asas utama dalam perniagaan jaringan (network business). Ini adalah kerana cakap dan saranan daripada kawan atau kenalan lebih bersifat nasihat (consulting) berbanding mesej melalui iklan yang bersifat memujuk.

Kerana itu teknik ini dilihat lebih berkesan dan murah dalam jangka panjang. Konsepnya mudah iaitu mempastikan orang tidak rasa segan atau takut-takut untuk bercerita kepada rakan-rakan mereka. Mereka akan berasa seronok untuk bercerita tentang sesuatu kerana pada mereka ia seperti satu pertolongan. Namun bagaimanakah perkaitan perkara ini dengan konsep berniaga sebelah-menyebelah oleh orang cina?

Membentuk Persepsi Mega

Persepsi adalah perkara yang mudah terserap ke dalam hati seseorang melalui pancaindera. Sama ada melalui mata, mulut dan telinga. Konsep teknik ini ialah mempastikan orang ramai melihatnya sebagai satu entiti mega yang memberi banyak pilihan. Biar saya berikan contoh.

Apabila anda mahu membeli barangan runcit, anda pasti lebih teruja untuk pergi ke tempat yang banyak pilihan dan berharga murah. Jawapannya apa yang bermain difikiran anda masakini ialah pasaraya mega seperti Mydin, Tesco, Giant dan sebagainya. Konsep ini juga yang digunakan peniaga cina yang menjual benda yang sama sebelah-menyebelah.

Konsep Perniagaan Berpusat

Sebuah kedai menjual kain mungkin ada 50 jenis kain. Cuba anda bayangkan apa persepsi anda bagi sebuah tempat yang 50 buah kedai menjual kain? Secara amnya anda terus terfikir betapa banyaknya pilihan anda disana. Benar atau tidak?

Kemudian anda terfikir sekiranya anda pergi ke sebuah kedai yang menjual kain dan tidak berjumpa harga yang bersesuaian, anda harus memandu atau mengeluarkan lagi kos petrol untuk mencari kedai lain. Di situ anda rugi bukan? Jadi sudah pasti pilihan anda ialah tempat perniagaan yang mempunyai banyak pilihan dan peluang anda mencari harga yang paling murah.

Pusat Perniagaan Sedia Ada Di Malaysia

Terdapat pusat perniagaan seperti ini di Malaysia sama ada diaturkan oleh kerajaan ataupun oleh pakatan peniaga itu sendiri. Saya lebih suka memberi contoh dimana pusat yang diatur oleh peniaga sendiri kerana ini membuktikan mereka bersepakat dan menerima konsep ini.

Apabila anda bercerita tentang lanskap, apakah tempat yang sering manis dibibir banyak orang di Kuala Lumpur dan Selangor. Jawapannya ialah sungai Buloh. Di Sungai Buloh terbaris puluhan kedai yang menjual produk lanskap dari pokok hinggalah ke pasu bunga. Saya sendiri pernah bertanya 10 orang rakan di Kuala Lumpur secara santai dan 9 orang daripada mereka menyarankan Sungai Buloh.

Pemasaran Bermula Dari Rumah Bakal Pelanggan

Menarik perhatian pelanggan haruslah bermula daripada rumah mereka. Ini adalah penting supaya apabila mereka memegang kunci kereta, hati mereka sudah teringat untuk memandu ke tempat anda.

Seperti saya katakan tadi, apabila dari 10 orang yang ditanya 9 daripadanya berkata Sungai Buloh. Maka 9 orang ini akan memandu ke Sungai Buloh. Peniaga di Sungai Buloh sudah mempunyai 9 orang prospek. Sementara peniaga lanskap di tempat lain hanya ada satu.

20 kedai lanskap di Sungai Buloh mempunyai 9 orang prospek tetapi 20 buah kedai merata tempat hanya mempunyai 1 orang prospek sahaja. Bukankah ini satu penjimatan kos pemasaran?

Orang Melayu Jangan Berdengki Tetapi Memanfaatkan Kaedah Ini

Saya pernah menjadi mangsa hasad dengki orang melayu sewaktu menjalankan perniagaan restoran. Sungguhpun restoran saya berjauhan dari kelompok restoran melayu lain, namun saya tidak terlepas daripada terkena ilmu hitam yang merosakkan perniagaan dari masa ke semasa hinggakan pernah memberi kesan kepada kesihatan.

Ke manakah akhirnya budaya ini? Andai ada 10 restoran melayu berdekatan, pelanggan sebenarnya lebih suka pergi ke sana. Tetapi apabila tinggal 1 sahaja, adakah mereka ini fikir bahawa semua pelanggan akan menjadi milik mereka? Mereka silap sama sekali. Sudahnya 1 restoran yang tinggal ini mungkin akan gulung tikar juga.

Jangan takut untuk berniaga berdekatan. Anda hakikatnya membentuk satu tempat perniagaan berpusat yang mampu menarik perhatian pelanggan. Peniaga keropok lekor di Terengganu telah membuktikannya. Begitu juga beberapa tempat yang sering mencetus minat pelanggan untuk ke sana.

Pelanggan mahukan pilihan dan harga. Beri mereka apa yang mereka mahu. Jangan habiskan wang anda menambah dosa hasad dengki dan juga secara tidak sedar meruntuhkan prospek. Selamat maju jaya.

sumber: Artikel iluvislam.com

Biodata penulis

Haniff Abdul Hamid adalah seorang pengamal OSH, penceramah motivasi bebas, usahawan dan penulis bebas. Beliau menghabiskan banyak masa dalam beberapa tahun yang sudah bekerja di dalam industri tenaga, minyak dan gas di Timur Tengah, Asia Barat dan Asean. Beliau mula menulis tentang politik, kerjaya, perniagaan, agama dan kehidupan secara kritis mengenai banyak isu sejak 2005. Kini menulis buku dan di laman web peribadi.

Bagaimana Membina Empayar Perniagaan  

Posted by ziikram_muslim in

Apabila menyebut tentang empayar, kita membayangkan satu pembentukan kuasa yang besar merangkumi jajahan dan taklukan. Ia juga adalah sesuatu yang boleh berlaku dalam perniagaan malah telah banyak syarikat membentuk empayar perniagaan yang menakluki jajahan tertentu dalam ertikata penjajahan pasaran.

Tapi ini bukan kisah cerita-ceritut atau sembang artikel yang semudah kata. Ia melibatkan perancangan, strategi, usaha, politik dan keberanian. Angan dan sembang akan membuatkan topik ini menjadi hanya sebuah lagi cerita kartun untuk menyedapkan telinga yang mendengar dan mata yang membaca. Jadi apakah sebenarnya kaedah membina empayar perniagaan yang berkesan?

Kelemahan kita orang Asia khususnya adalah memandang barat sebagai sumber maklumat dan rujukan ultra tanpa melihat potensi yang sedia ada dalam diri dan bangsa. Hari ini orang Amerika kata saya ada formula itu dan ini dan kita begitu mudah terpengaruh dan melabur tanpa usul periksa. Kerana itu juga kita percaya dengan sejarah bahawa orang putih datang
ke Tanah Melayu untuk perdagangan rempah. Rempah apalah yang orang putih makan sangat berbanding kita? Kerana itu minda kita senang dijajah.

Itulah sebenarnya kunci membina empayar iaitu menakluk dan menjajah minda. Saya mengkaji orang putih tentang apa yang dilakukan dan bukan apa yang dicakapkan. Ini adalah kerana bangsa yang berjiwa 'tauke' ini akan sentiasa mengajar kita menjadi bagaimana untuk menjadi pelanggan mereka dan bukannya menjadi usahawan.

Dahulu apabila kita melihat baju 'Made in Usa' atau 'made in' mana-mana negara Eropah, terpelancut didalam benak kita tentang produk yang berkualiti. Berbeza dengan 'Made in Malaysia' yang dipandang 2nd class. Maka jadilah orang kita mengikut cakap seniman Aziz Satar dalam fielm seniman Bujang Lapuk,"2nd class separuh bayaran". Tanpa disedari, minda kita telah dijajah untuk membayar lebih kepada mereka yang sebenarnya kilang barangan mereka itu adalah di Malaysia juga. Kita pula berlaku tidak adil kepada barangan orang kita tanpa banyak mengkaji ada yang berkualiti malah lebih baik daripada mereka.

Baiklah. Sekarang kita tahu, bangsa kita selama ini adalah bangsa yang dijajah pemikiran dan anda mungkin telah memahami apa yang cuba saya sampaikan. Sekarang anda fikir, bolehkah anda menjajah minda orang putih ini kembali sepertimana mereka menjajah minda kita dalam segala segi sejak berkurun lamanya?

Jawapannya tidak semudah itu. Peperangan membina empayar perniagaan dunia harus berubah mengikut masa dan zaman. Dahulu orang kita kurang pendidikan, maka menjajah minda adalah teknik yang praktikal dan mudah dilakukan untuk membina empayar perniagaan. Berbeza dengan sekarang yang mana ramai sudah pergi ke sekolah dan pandai. Kini ia masih lagi berkisar tentang penjajahan minda tetapi dengan pendekatan dan teknik
yang berbeza.

China adalah contoh terbaik sebuah negara yang begitu pantas menjajah ekonomi dunia dengan menundukkan gergasi ekonomi barat dalam tempoh tidak sampai 10 tahun. Penjajahan China terhadap ekonomi dunia bukanlah satu perkara mudah yang boleh dibalas kembali oleh barat. Mereka memperbaiki teknologi mengejar kualiti barat dalam tempoh setiap saat dan sentiasa memberikan harga yang terendah di dunia.

Bagi orang islam, anda pasti ada mendengar bahawa di akhir zaman maka akan wujud banyak pasar yang besar dan itu kita boleh lihat dengan kewujudan hypermart yang memonopoli perdagangan runcit. Adakah mereka ini menjual barangan berkualiti dan tahan lama? Jawapannya tidak kerana mereka hanya menjual barangan yang MURAH dan murah itulah yang menjadi kaedah dalam menjajah psikologi pelanggan.

Kegagalan ramai peniaga berkembang ialah mereka tidak cuba mempastikan sentiasa ada transaksi dan cuba menawarkan harga yang sentiasa membuat pelanggan berfikir berkali-kali dan akhirnya tidak membeli. Kita perlu ingat, jika kita tidak membeli idea dan kelentong orang putih, mereka tidak akan dapat menguasai Tanah Melayu. Mereka berjaya menjual teori dan idea mereka. Sekiranya kita tidak menyukarkan idea dan barangan kita dibeli, bagaimana pelanggan boleh mengenali kita, dan bagaimana dapat kita menjajah pasaran?

Perniagaan adalah satu perkara yang melibatkan masa untuk terbina. Barangsiapa yang mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku dalam perniagaan tanpa mengambilkira soal pokok perniagaan itu sendiri, maka sudah pasti mereka akan kecundang. Usahlah lagi membuang masa untuk memikirkan tentang membentuk empayar.

Cuma kalau ditanya kepada saya adakah kita masih perlu bertungkus-lumus untuk membina ekonomi jikalau sudah dilihat bahawa dunia kini berada di akhir zaman? Bukankah elok kita fokus kepada memperbetulkan tauhid dan aqidah umat islam yang main bermasalah? Bukankah kita diingatkan supaya bekerja seolah akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadat seolah mati esok hari? Perjuangan kehidupan dan agama itu tiada noktahnya sehingga bergulung dunia ini dihari kiamat.

Mengapakah orang Islam kini sering dijajah minda dan amat sukar dilihat menguasai ekonomi? Ini adalah kerana orang Islam ini sangat pandai berkata-kata tetapi amat kurang yang mahu berfikir dan berusaha. Mulut mudah berkata bahawa Islam itu 'syumul' dan segala perkara dalam kehidupan itu ada di dalam Islam tetapi adakah orang Islam benar-benar mengamalkan kehidupan dan cara Islam itu sendiri?

Konsep 'ta'awun' yang ada didalam Islam diamalkan meluas oleh kaum cina diseluruh dunia tapi bagaimana dengan orang Islam lain? Orang cina membina rangkaian perniagaan dan membina keakraban melalui hubungan sosial dan jaringan (network) tetapi adakah itu amalan orang Melayu yang mengaku dominan dan sinonim dengan Islam di Tanah Melayu ini? Itulah lemah kita dan akan sentiasa lemah kerana kita lebih teruja pada nama dan bukan pada hakikat. Malah ada kumpulan yang bingkas bangun bila Melayu ditegur dan dikutuk sifat buruknya lalu dilabel orang itu 'pengutuk bangsa sendiri'. Kerana itulah kita mudah dijajah. Kita sukar mengizinkan minda kita diperbaiki dan diperbetulkan.

Namun ia tidak bermaksud orang Islam khususnya Melayu Islam tidak boleh maju ke depan. Kita tidak perlu menunggu bangsa ini menjadi betul 100% baru kita boleh membuat perubahan. Perlu diingat juga Islam itu bukan Melayu sahaja. Orang Islam terdiri daripada pelbagai etnik di dunia. Saya lebih suka mencadangkan orang Islam membina empayar perniagaan dengan mensasarkan pasaran barangan muslim. Halal Hub adalah satu contoh yang baik sebagai satu idea penaklukan ekonomi. Anda juga boleh melahirkan idea dan konsep untuk menakluk kembali ekonomi orang Islam yang kini dijajah orang orang lain.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Haniff Abdul Hamid adalah seorang pengamal OSH, penceramah motivasi bebas, usahawan dan penulis bebas. Beliau menghabiskan banyak masa dalam beberapa tahun yang sudah bekerja di dalam industri tenaga, minyak dan gas di Timur Tengah, Asia Barat dan Asean. Beliau mula menulis tentang politik, kerjaya, perniagaan, agama dan kehidupan secara kritis mengenai banyak isu sejak 2005. Kini menulis buku dan di laman web peribadi.


sumber: koleksi artikel iluvislam.com

minda yang betul untuk seorang "IM"  

Posted by ziikram_muslim


Saya pasti sebab utama mengapa seseorang IM gagal dalam perniagaan internet adalah kerana mereka TIDAK mempunyai minda yang betul. Jika anda mahu berjaya dalam bidang ini dan membina empayar online anda sendiri, anda mesti mempunyai rangka pemikiran dan minda yang betul.

Ini penting kerana jika anda tidak mempunyai minda yang positif, anda akan berdepan dengan pelbagai masalah apabila pelan yang dirancang tidak menjadi. Sewaktu anda baru hendak memulakan sesuatu projek , rancangan yang telah anda rangka selalunya akan kucar-kacir pada awalnya. Anda juga mungkin akan terfikir untuk mengaku kalah dan mengangkat bendera putih tetapi mereka-mereka yang mempunyai pemikiran yang positif akan terus berusaha dan tidak akan mudah berputus asa.

Ramai di antara orang baru mula menceburkan diri dalam perniagaan internet cuba untuk menjana pendapatan dengan cepat tanpa usaha yang banyak, dan cara ini adalah salah sama sekali. Pembinaan empayar online memerlukan kerja keras dan dedikasi yang tinggi, inilah yang menyebabkan 97% daripada mereka gigit jari dan kecewa.

Tidak wujud langsung kepercayaan yang “kejayaan boleh datang dengan pantas”. Ramai orang mendakwa mereka telah mendapat kejayaan dengan cepat tetapi mereka tidak mendedahkan yang mereka telah melaburkan masa bermalam-malam untuk berada di mana mereka berada sekarang.

Saya hanya berjaya mendapat jualan, komisen hanya pada tahun berikutnya setelah pada tahun pertama saya gagal memperolehi apa-apa jualan samada dari produk sendiri dan affiliate.

Jadi, bagaimana membina pemikiran positif:

  1. Dapatkan bantuan daripada orang yang berjaya, cuba berkawan dengan mereka dan minta mereka untuk membimbing anda.
  2. Cuba baca, dengar dan hayati bahan-bahan ilmu-ilmu berkaitan dan luangkan masa untuk belajar dari ilmu yang anda perolehi untuk berjaya.

Bina pemikiran yang betul dan anda akan saksikan perubahan yang ketara dalam perniagaan online anda. Bahagian pertama dalam sesuatu kejayaan adalah pemikiran, jadi, mulakan langkah menuju kejayaan dengan minda yang betul.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Mengenai Penulis

MazlieNadzri merupakan Interet Marketer separuh masa. Beliau mula aktif dalam perniagaan interet sejak awal tahun 2006. Kemahiran beliau adalah menjana wang menerusi affiliate, penghasilan produk, pemilik servis design, dan pemasangan sistem. Beliau juga telah menulis 2 buah buku mengenai multimedia yang kini berada di kedai-kedai buku berhampiran. Maklumat lanjut, layari blog beliau di sini untuk mempelajari ilmu bisnes internet.

DIMANAKAH TEMPAT PELABURAN TERBAIK?  

Posted by ziikram_muslim




Mungkin ramai yang ingin tahu dimanakah tempat pelaburan yang terbaik ketika ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum ekonomi
negara kini berada dalam keadaan bertambah baik
akhir-akhir ini.

Sepanjang tahun ini FBM KLCI (saham) berada
pada paras tertinggi dan berada sekitar 1,500 mata.

Matawang RM semakin kukuh berbanding US Dollar.

Harga Emas naik mencanak pada akhir tahun lalu dan mulai turun menjelang Tahun Baru Cina.

Maka ramailah yang mulai tertanya-tanya?

Dimanakah tempat terbaik untuk melabur pada masa sekarang?

Sebenarnya terdapat banyak tempat pelaburan yang terbaik!

Dan terdapat pelbagai cara untuk melakukannya.

Tapi itu semua jika anda tahu dan punyai maklumat yang tepat atau dengan kata lain, anda ada ilmu pengetahuan!

Sebab itulah, bagi yang Pakar, tempat terbaik untuk melabur (bukan sahaja pada masa sekarang bahkan sepanjang masa) adalah dengan MELABUR DALAM DIRI SENDIRI!

Omputih cakap "invest in yourself".

Ini bermakna anda boleh membaca buku berkaitan ekonomi dan pelaburan.

Menghadiri seminar, sering bertanyakan soalan kepada pakar, atau anda mungkin boleh sambung belajar.

Ini adalah cara yang paling bagus dan terbaik untuk mendapatkan pulangan daripada pelaburan anda!

Pulangannya bukan sekadar wang tapi diri anda sendiri akan menjadi lebih bernilai!

Yang paling menarik, melabur dalam diri sendiri dalam Ilmu ini tiada risiko kerugian!

Rugi jika anda tak guna Ilmu yang ada dan praktikkannya! Itu sahaja!

Namun begitu jika anda nak tahu cara terbaik memilih pelaburan yang menguntungkan, anda boleh dapatkan Ebook BAGAIMANA MEMILIH PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN melalui link berikut:

http://www.Emas.KewanganPeribadi

Melalui link tersebut anda juga berpeluang mengetahui Rahsia Menjana Keuntungan Melalui Akaun Pelaburan Emas!

Jadi jangan tunggu lagi dapatkannya sekarang!

Ikhlas,

saudagar online

Bagaimana Buat Duit Dengan Software  

Posted by ziikram_muslim


Bagaimana Buat Duit Dengan Software (Bahagian I)


oleh Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara (c) 2011 http://www.BisnesDigital.com

Kebanyakan individu mempunyai persepsi yang mereka perlu mencipta perisian seperti Microsoft Word, Micrososft Powerpoint ataupun Adobe Dreamweaver untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan di Internet. Sebab itulah ramai yang berasa takut untuk menjadikan software sebagai medium untuk menghasilkan pendapatan di Internet.

Memang agak menakutkan jika itulah persepsi anda.

Sudah pasti anda memerlukan satu kumpulan pengaturcara yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan pengalaman yang luas untuk menghasilkan software seperti yang dihasilkan oleh Microsoft ataupun Adobe. Itu belum lagi termasuk kos penggajian dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan software di Internet, anda tidak perlu menghasilkan software seperti yang dihasilkan oleh Microsoft, Adobe, Apple dan banyak lagi syarikat besar di luar sana. Satu aplikasi mudah yang dapat dihasilkan dalam masa yang singkat untuk menyelesaikan masalah sesetengah kumpulan pengguna sudah cukup untuk memberikan anda 5 atau 6 angka tambahan ke dalam akaun bank anda (atau mungkin juga sehingga 7 angka).

Jadi, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah hapuskan persepsi yang anda perlu cipta software kompleks seperti yang dijual oleh syarikat-syarikat besar di luar sana.

Fokus kepada aplikasi mudah yang boleh dijadikan penyelesaian kepada masalah sesetengah sasaran pasaran.

Sebagai contoh, bina aplikasi yang boleh membantu anda mengingatkan tarikh lahir pasangan anda dan ahli keluarga yang lain. Ianya bukan sahaja dapat membantu meningkatkan perhubungan di antara pasangan dan keluarga tetapi saya pasti ianya tidaklah serumit mencipta sebuah software untuk membina sebuah roket.

Bagaimana pula aplikasi yang membolehkan anda menukarkan gambar yang anda ambil melalui kamera biasa anda kepada gambar yang mempunyai efek seperti bingkai gambar, warna hitam putih, latarbelakang gambar dari negara asing dan sebagainya? Saya pasti ianya juga tidak sesukar untuk mencipta software Microsoft Powerpoint.

Dua contoh di atas adalah contoh semata-mata untuk memahami konsep yang ingin saya sampaikan.

Sudah tentulah anda juga perlu tahu bahawa aplikasi yang anda akan cipta ini mempunyai permintaannya dan orang lain sanggup membayar aplikasi tersebut untuk menggunakannya. Jika anda sudah pastikan pasaran ini dan anda mempunyai penyelesaiannya, saya pasti anda akan dapat menjual aplikasi atau ‘software’ anda dengan mudah.

Dan jika anda ingin pelajari dengan lebih lanjut tentang penciptaan software yang laris, bagaimana memasarkan software anda dan sebagainya, Pakar Software adalah sumber unik untuk anda mempelajarinya. Tiada produk yang mengajar anda untuk menjadi ‘software marketer’ di dalam pasaran tempatan buat masa sekarang selain daripada Pakar Software. Itulah sebabnya anda perlu memiliki Pakar Software secepat yang mungkin sebelum orang lain mendapatkan dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari daripada program ini.

Dapatkan Pakar Software di http://www.PakarSoftware.com


Bagaimana Buat Duit Dengan Software (Bahagian II)

oleh Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara (c) 2011 http://www.BisnesDigital.com

Kalau nak buat duit di internet, anda perlu jual sesuatu. Kalau anda nak buat duit dengan software, anda perlu jual software. Adakah kenyataan ini benar?

Jawapannya ialah “ya” dan “tidak”.

Jawapannya “ya” jika anda hendak jadikan software tersebut sebagai produk untuk anda dapatkan pendapatan secara langsung. Maksudnya, memang anda cipta software tersebut untuk dijual. Apabila seseorang membeli software yang anda jual di internet, anda akan mendapat pendapatan daripada hasil jualan tersebut.

Ianya semudah pemahaman anda tentang jual beli secara konvensional.

Di internet, jika anda ingin menjual software secara begini, anda perlu ada beberapa peralatan asas seperti laman web, kemudahan mengambil tempahan dan mungkin juga sistem bantuan pelanggan. Tiada apa yang berbeza dengan menjual produk informasi yang lain.

Walaubagaimanapun, jawapan anda mungkin boleh jadi “tidak” kerana anda tidak semestinya menjual software untuk buat duit di internet.

Bagaimana?

Sebenarnya, sudah ramai yang menggunakan kaedah ini di dalam menjana pendapatan di internet. Software digunakan sebagai medium atau peralatan promosi sahaja dan tidak dijual terus kepada pelanggan. Kaedah ini sahaja pun boleh dipecah-pecahkan lagi kepada beberapa strategi pemasaran lain yang lebih licik dan amat berkesan.

Saya tak akan membincangkan kesemua strategi pemasaran tersebut di sini tetapi biar saya berikan salah satu caranya.

Begini, anda cipta satu software untuk diberikan secara percuma dan untuk pengguna menggunakan software anda ini, mereka perlu daftar masuk ke laman web anda. Disebabkan software anda diletakkan di laman web anda, pengguna akan sentiasa daftar masuk dan menggunakannya.

Apa yang terjadi di sini ialah semakin banyak pengguna, semakin ramai yang melawati laman web anda. Walaupun software anda diberikan percuma, anda sebenarnya sudah pun dapat menjual sesuatu.

Caranya?

Anda tawarkan ruang iklan di dalam laman web anda. Jadi, setiap kali pengguna software anda daftar masuk untuk menggunakan software percuma anda, mereka akan dipaparkan dengan iklan anda. Dari iklan inilah anda akan dapat hasilnya. Jika iklan anda tersebut adalah promosi produk anda yang lain, mungkin jualan anda akan terhasil dengan cara ini. Jika ruangan iklan anda ini dijual kepada orang lain, anda sudah pun sebenarnya telah menghasilkan pendapatan daripada jualan ruangan iklan tersebut kepada klien anda.

Dalam apa cara sekali pun, software anda tetap tidak dijual.

Strategi ini ada didedahkan di dalam teleseminar yang saya dan Patric anjurkan baru-baru ini. Dan anda boleh mendengar rakaman teleseminar ini secara PERCUMA melalui laman web di bawah. Jawapan kepada pelbagai soalan yang diajukan kepada saya dan Patric juga ada di dalam teleseminar ini.

http://www.pakarsoftware.com/teleseminar.html

Rumusannya, anda boleh aplikasikan banyak strategi untuk menjana pendapatan di internet dengan software dan ianya tidak semestinya dengan cara menjual terus kepada pelanggan anda.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003 lagi. Program terbaru beliau bersama Patric Chan “Pakar Software” adalah sebuah panduan untuk anda menghasilkan dan menjual perisian di Internet menggunakan kaedah Pakar Bisnes Internet. Ianya sebuah sebuah topik dan panduan yang belum pernah didedahkan kepada pasaran tempatan sebelum ini. Dapatkan “Pakar Software” sekarang di http://www.PakarSoftware.com

Teknik Promosi Online  

Posted by ziikram_muslim in

Kebenaran Tentang Pengiklanan Online.

Anda mungkin sudah sedia maklum dengan konsep pengiklanan semula, iklan anda mungkin telah dilihat 8-10 kali sebelum menjangka sebarang pembelian. Tidak kira tahap kemajuan teknologi, psikologi manusia tidak boleh berubah. Otak masih lagi di tempatnya. Lebih pendedahan yang anda dapat maka ia akan menjadi kebiasaan, dan orang akan mula menyukai anda.

Tidak kira dimana anda tinggal, anda mesti ada pengalaman mempunyai kempen anda sendiri. selama masa tersebut mereka melang
kah kedepan melalui pengiklanan. Menghantar ke press realease, keluar dalam rancangan tv, mengelilingi setiap negeri memberi ucapan, membuat penjumpaan awam dengan mengadakan jamuan, pelancaran, pembukaan, makan malam dll. secara ia boleh dilihat dimana-mana sahaja pada masa yang sama.

Fikirkan tentangnya. walaupun hari cuti dan iklan masih dipaparkan apabila ada sesuatu keraian. kita ambil contoh air minuman coke, kenapa ia perlu memastikan jenamanya menjadi pilihan orang ramai.

kebenaran yang pertama:


1. Jangan biarkan orang melupai anda, pastikan anda sentiasa berada di hadapan selalu.


2. Sentiasa aktif dalam kempen pengiklanan.

3. Jangan hanya menggunakan satu medium pengiklanan anda, gunakan sebanyak mana iklan yang anda mampu.

4. Gunakan tajuk yang terbaik bagi setiap iklan anda, jadi orang kenal dengan iklan anda dan menjadi kebiasaan untuk klik melalui iklan anda.


5.Di dalam fikiran manusia, apabila mereka melihat iklan anda dimana2, secara automatik ia akan mewujudkan pengaruh berikut mengenai anda:


>>Anda dipercayai kerana membuat iklan yang agrasif.

>>Anda mesti boleh buat duit, kerana itu anda membelanjakan wang untuk pengiklanan.


>>Produk anda mesti bagus, kerana itu orang membelinya.


>>Orang lain sudah membelinya, adakah saya ketinggalan sesuatu yang penting?


>>Jadi saya juga akan mencubanya.



Sekarang mari kita imbas kembali. Bagaimana maklumbalas ini kepada perniagaan anda? Jadi perbelajaan yang lebih tidak boleh untuk masa yang panjang. Bagaimana pelan untuk membuat ia menjadi iklan yang praktikal?


Bagaimana mahu memulakan:

1.Hantar iklan anda ke semua ezine menggunakan servis submission yang murah.


2.Gunakan laman secara automatik-iklan anda dipaparkan di jutaan laman web di internet. disini perniagaan yang baru biasanya bermula.

3.Iklankan ad anda di tempat yang terbaik, lakukan kajian mengenai target pemasaran anda dan iklankan disitu.

4.Tuliaskan satu artikel. apabila menuliskan artikel dan cari tempat untuk mensiarkannya, dapatkan tempat yang mempunyai trafik yang tinggi.

5.Tempah (sejuta) pelawat yang dijamin, semetara mencipta laman yang istimewa yang diberikan secara percuma dengan pendaftaran disediakan


6.Sebarkan program affiliate yang terbaik.


7.Dapatkan kerjasama dengan laman web yang mempunyai pelawat yang ramai dalam industri.


8.Binakan taktik penjenamaan dengan mencipta banner dan tempatkan di tempat yang ramai pelawat.


9. Jangan hantar ke press realease jika itu maklumat yang bernilai.



Pastikan iklan anda boleh dilihat dimana2 pada masa yang sama. Bermula dengan yang kecil kemudian membuat semula dengan keuntungan anda. Pastikan ia kekal dan terus kekal. kemudian iklan dengan lebih banyak.


Iklan Terbaik Anda - Fakta Terbaik.


Ini bukan artikel untuk menarik perhatian atau mengahasilkan iklan.


Seperti hari biasa saya menghantar newsletter mingguan, apabila pelawat yang masuk dan saya melihat profile mereka. Opppss! saya sudah terputus hubungan dengan pelanggan saya dan tidak ada cara lain untuk menghubunginya. jadi saya hanya tunggu pelanggan tersebut menghubungi saya semula.

Tetapi bukan semua datang dengan iklan yang tidak menarik di ezine atau laman direktori. saya melakukan kesilapan pengiklanan online hampir setiap hari. jadi saya sedar ia adalah isu yang begitu kritikal. walaupun pengiklan yang berpengalaman boleh membuat kesilapan ini.


Disini ialah sedikit tips yang boleh dan tidak boleh dilakukan:

1. Ingat untuk meletakkan link yang boleh diklik dengan menambah 'http://' dan gunakan 'mailto:', dan ujinya sebelum ia duiklankan.


2. Sesetengah program mail akan membatal bagi URL yang terlalu panjang dan tidak boleh diklik. jadi dapatkan servis untuk memendekkan URL anda.


3. Bersedia. Jika anda mempunyai alamat autoresponder, pastikan autoresponder tersebut berfungsi, dan boleh digunakan.


4. Jadikan diri anda sebagai pelanggan yang pertama, dan cuba respon anda. pastikan tidak ada kesilapan langsung.


5. Jika anda mengiklan melalui artikel, pastikan link boleh diklik atau sediak email address.


6. Sebelum mengeluarkan laman web anda, periksa dahulu setiap tempat sudah bersedia.


7. Sebelum membuat sebarang kempen pengiklanan pastikan webhost anda berupaya mengawal pelawat yang ramai. (bandwidth)


8. Cuba iklan dengan kos yang rendah dahulu baru yang besar kosnya.


9. Iklan pada pelawat yang ditarget sahaja.


10. Pastikan iklan anda power, pada masa sama boleh dipercayai, realistik dengan maklumat yang betul.


11.Selalu menggunakan ruang orang untuk penulisan iklan.


12. Bersedia memberitahu kelebihan produk anda, berapa ramai yang sudah membelinya dll


13. Untuk menjimatkan masa tulis dan simpan ad template anda di dalam fail yang khas.


Saya harap akan membantu dalam anda membuat pengiklanan di internet dan mendapat keuntungan yang besar.



"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."